Connect with us

#celeb

Mira Filzah Diser4ng G4ra-G4ra Tema ‘Bollywood’, Ernie Zakrie Turut Meny1ndir?

Nur Ernie Shahirah Zakri atau kebih dikenali sebagai Ernie Zakri baru-baru ini telah menulis ciapan di laman sosial Twitternya berkata mahu mengadakan majlis perkahwinan dengan menggayakan tema Bollywood tetapi takut timbul isu debat pengguna-pengguna Twitter lain.

Melalui ciapan itu, Ernie turut bertindak menyindir andai tema Bollywood yang dikenakan akan membuatkan segelintir pihak tidak berpuas hati.

Puncanya ekoran daripada pelakon Mira Filzah yang diserang oleh individu di laman sosial berikutan Mira memakai pakaian tradisional pengantin perempuan India dipanggil Lehenga untuk memenuhi kriteria penggambaran produk kanta lekap.

Ernie bersuara yang perkara itu tidak seharusnya menjadi rumit kerana ia tidak pernah tercetus sebelum ini. Berikut adalah ciapan Ernie:

“Jika nanti saya buat tema Bollywood untuk majlis perkahwinan, ada yang meng4muk tak? T4kut digel4r ‘cultur4l appr0priation’.

“Persoalan saya, kenapa harus merum1tkan perkara yang tidak wvjud sebelum ini? Saya tanya saja mengenai tema Bollywood itu, bukan pasti nak buat,”

Menerusi halaman twitter Ernie:

Dahulu, menurut laporan dari Harian Metro, Mira Filzah akui tiada niat untuk timbulkan apa-apa isu berkenaan pemakaiannya, Lehenga seperti dimuat naik dalam laman sosial Instargramnya.

Mira menambah bahawa tema dikenakan itu adalah konsep diajukan oleh agensi penggambaran produk kanta lekap selain keinginannya sendiri kerana dia menggemari filem dan lagu Bollywood.

Oleh sebab hal ini tercetus, Mira meminta maaf kepada pihak yang terguris hati.

Dalam pada itu, Mira memberitahu pertama kali dia memakai set lengkap lehenga dengan aksesori membuatkan dirinya berasa teruja.

Pelakon filem Sangkar ini berkata dia hanya meminati dunia Bollywood dan tidak mempunyai niat untuk mempersendakan serta mengaut keuntungan daripada budaya kaum India.

Sementara itu, individu yang membuat tuduhan tersebut mengucapkan terima kasih kepada Mira kerana tampil memohon maaf dan berharap aktres tersebut akan lebih kerap bercerita mengenai budaya kaum India.

WANITA YANG TEGUR PENAMPILAN MIRA FILZAH ALA-ALA BOLLYWOOD RUPA-RUPANYA PERNAH MENGAYAKAN BAJU KEBAYA

 

 

 

 

 

Sejak semalam nama Mira Filzah menjadi trending di media sosial kerana dia mengenakan pakaian tradisional kaum Ind1a. Tak pasal-pasal Mira Filzah menjadi buah mulut netizen kerana satu ciapan di Twitter ini.

Ciapan di Twitter, dari akaun pengguna bernama @eshwaaaaarya itu menulis: “Cultural appropriation queen must feel nice to profit off our culture.”.Kenyataan wanita berbangsa Ind1ia ini mengambarkan seolah-olah Mira Filzah sedang mengexploitasi budaya kaum Ind1ia untuk mengaut keuntungan.

Namun Mira Filzah menyangkal dakwaan ini dan berkata pemilihan pakaian ini untuk tujuan promosi produk. Mira Filzah membalas kenyataan itu dan menjelaskan dia meminati dunia Bollywood sejak kecil.

Penjelasan Mira Filzah itu mendapat pujian netizen yang menggambarkan aktres muda ini seorang yang matang menyelesaikan masalah.

Walaupun wanita itu sudahpun memohon maaf kepada Mira Filzah atas tudvhannya, namun ia tidak terhenti di situ saja.  Wanita itu menjadi sasaran untuk dikrit1ik malah dic4ci di laman twitter.Dalam salah satu ciapannya, wanita itu terpaksa memutuskan untuk menutup mesej (DM) kerana terlalu banyak pembvli.

“Saya akan menutup DM saya, maaf. Terlalu banyak pembvli. Jika anda ingin bertanya mengenai penguasaan budaya, sila balas di sini dan saya akan menghubungi anda suatu ketika nanti tetapi saya akan menyekat sebarang komen yang membe3nci.”-tulisnya di salah satu ciapan.

Mungkin wanita ini tiada niat untuk mengguriskan hati sesiapa namun kedua-duanya sudah bermaafan. Yang masih bercakaran sehingga sekarang adalah dikalangan netizen. Mereka terus berbunyi, maki hamun, menjadi pembvli dan mengeruhkan lagi keadaan.

Individu Ini Dedahkan Wanita Itu Pernah Pakai Baju Kebaya.

Mira Filzah Diser4ng G4ra-G4ra Tema ‘Bollywood’, Ernie Zakrie Turut Meny1ndir?

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya