Connect with us

#news

Misi 3 hari habiskan 3 lori, Ebit Lew kini ke Pahang bantu orang ramai yang memerlukan

Setelah pulang dari Kedah dan berehat selama beberapa hari, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew kini kembali dengan misinya untuk memberi kepada mereka yang memerlukan.

Menurut pendakwah itu, beliau dan pasukan bantuan memilih Pahang sebagai lokasi seterusnya di samping meminta orang ramai berdoa agar mereka selamat sampai ke destinasi.

Sebelum memulakan misi tersebut, pendakwah berusia 36 tahun itu telah membeli pelbagai barang keperluan untuk dimuatkan dalam tiga lori.

Sebelum memulakan misi, pendakwah berusia 36 tahun itu membeli pelbagai keperluan asas untuk dimuatkan ke dalam tiga lori.

“Allah sayang kita semua. Saudaraku disebalik ujian ada rahmat”

“Pohon doakan perjalanan kami ke Pahang 3 hari di sana. Saya beli barang dimuatkan dalam 3 lori untuk barang dapur dan keperluan sedikit untuk klinik dan balai. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” katanya.

Posting itu dihujani pelbagai komen positif netizen yang rata-rata mendoakan supaya perjalanan mereka ke negeri Darul Makmur dilindungi Allah SWT dan sentiasa dipermudahkan sepanjang misi berkenaan.

Rezeki dikongsi bersama

Misi 3 hari habiskan 3 lori, Ebit Lew kini ke Pahang bantu orang ramai yang memerlukan

Nanti datang Terengganu pulak ustaz!

Misi 3 hari habiskan 3 lori, Ebit Lew kini ke Pahang bantu orang ramai yang memerlukan

Jaga diri semua!

Misi 3 hari habiskan 3 lori, Ebit Lew kini ke Pahang bantu orang ramai yang memerlukan

Dahaga puasa tak dihirau! Moga tiada lagi anasir2 jahat yang kacau semangat mereka. Aminnn

Sumber : Ebit Lew

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya