Connect with us

#viral

MKN pertimbang kemasukan pekerja dan pelancong warga China ke Malaysia

2020 merupakan tahun yang agak sukar bagi setiap negara di serata dunia. Mengapa? Kerana tercetusnya wabak pandemik yang menggerunkan iaitu Corona Virus (Covid-19).

Virus yang berasal dari Wuhan, China ini telah mengakibatkan lebih 500,000 jumlah kematian dan kes berjangkit telah pun mencecah 11 juta.

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia merancang untuk membenarkan warganegara China untuk melancong ke Malaysia. Mendengarkan hal ini, apakah kesan yang bakal berlaku di dalam negara Malaysia? Mungkin jangkitan akan bertambah atau sebaliknya?

Perkara yang sedang dibincangkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan kemasukan pekerja asing dari China menjadi bualan hangat netizen.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan Keselamatan berkata bahawa China masih merupakan negara yang mempunyai risiko yang amat tinggi.

“China adalah sebuah negara yang besar, jadi kita sedang berbincang dalam MKN supaya kita boleh kategorikan kawasan di negara berkenaan kerana mungkin ada kawasan yang sudah dianggap hijau, merah dan sebagainya,” katanya.

“Buat masa ini kita masih menutup pintu sempadan negara kepada warga asing termasuk pekerja dan pelancong kecuali bagi ekspatriat kategori EP1, iaitu pengurusan tertinggi seperti pengarah urusan syarikat.

Sementara itu, menurut Laporan Ketua audit 2018 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih daripada 95 peratus pelancong warga China dari Malaysia.

79,799 warganegara tersebut yang melancong ke Malaysia, seramai 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar antara 2016 sehingga tahun (2018).

Sekiranya isu ini gagal diselesaikan dan puluhan ribu puak-puak ini tidak dihantar pulang ke kampung asal masing-masing, maka rakyat ada cara tersendiri untuk menghukum mana-mana pemimpin atau parti politik yang sama ada bersubahat (secara langsung atau sebaliknya) atau yang mendiamkan diri ketika ia berlaku.

Jadi, apakah pendapat pembaca semua? Adakah perkara ini perlu dibantah atau perlu disokong?
Apapun, semoga Malaysia sentiasa aman dan damai.

Jangan lupa Like, Share dan Subscribe! Hanya perlu Klik sahaja 😁

Sumber: sinar harian dan babybiru.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya