Mohon Doa Untuk Sofea, 21 Hari Koma Setelah Jatuh 12 Anak Tangga

Tular pada tahun lalu, kisah adik Nur Arriana Sofea yang masih bayi telah terjatuh 12 anak tangga. Akibatnya, dia telah terlantar dalam keadaan koma selama 21 hari dan keadaannya selepas itu tak ubah seperti orang yang mengalami strok.

Sofea merupakan anak angkat yang telah diasuh dan dibesarkan oleh keluarga Puan Dhia bersama dengan anak-anaknya yang lain.

Kejadian malang yang menimpa adik Sofea bukanlah dari kecuaian sesiapa kerana keluarga Puan Dhia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya seperti meletakkan adik Sofea didalam katil bayi, memasang pagar penghadang tangga dan lain-lain lagi demi keselamatan mereka.

Namun, sudah takdir Allah S.W.T begitu. Itulah suratan takdir yang tertulis buat adik Sofea. Walaupun pada mulanya Sofea merupakan bayi yang sangat cepat proses tumbesarannya seperti dapat duduk pada usia 6 bulan, merangkak pada usia 7 bulan dan lain-lain lagi, namun Allah S.W.T menguji adik Sofea dan keluarga Puan Dhia dengan keadaan adik Sofea yang sekarang kebanyakannya terbaring sahaja.

DIBUANG TEMPURUNG KEPALA

Pada masa kejadian, Sofea harus menjalani pembedahan membuang tempurung kepala sebelah kanan dan juga darah beku didalamnya. Anggota badannya sebelah kiri semuanya lemah dan tidak dapat digerakkan. Adik Sofea hanya mampu melihat sebelah kanan sahaja.

Pernafasannya masih lagi perlu menggunakan mesin ventilator sekaligus doktor terpaksa pasang lubang pernafasan di leher (Tracheostomy).

HADAPI KEHAMILAN DALAM KEADAAN SEDIH

Pada waktu itu, Puan Dhia mendapat berita baik bahawa dia hamil lagi. Namun, melihat keadaan adik Sofea benar-benar menguji mental dan fizikalnya.

Pada waktu itu juga suaminya masih lagi dalam pengajian dan bakal menduduki peperiksaan. Hampir sahaja ditangguhkan peperiksaan demi adik Sofea namun mentua dan adik ipar Puan Dhia sanggup datang ke rumah mereka untuk menolong Puan Dhia menjaga adik Sofea dan anak-anaknya yang lain serta memberi ruang kepada suaminya untuk menumpukan pengajian.

MULA TUNJUKKAN PERKEMBANGAN POSITIF

Menurut Puan Dhia, adik Sofea kini mula menunjukkan perkembangan yang semakin positif. Masalah yang sering dialaminya, seperti kembung perut sudah mulai berkurang. Pergerakan anggota badan sebelah kiri juga sudah semakin kuat. Dia juga dapat menggerakkan kepalanya dan menoleh ke kiri.

BAWA SOFEA KE APPOINTMENT DENGAN PAKAR

Keluarga Puan Dhia juga berusaha sedaya daya untuk memastikan adik Sofea dapat pulih seperti biasa dengan menghadiri temujanji fisioterapi dan rawatan cara kerja 2 minggu sekali, berjumpa doktor Pediatrik, Neurosurgeri, ENT, Ophthalmology dan rehabilitasi di Hospital SASMEC.

Berat ujian buat adik Sofea dan keluarga Puan Dhia. Mereka ternyata telah mengambil langkah keselamatan dengan sebaiknya namun Allah S.W.T masih lagi memilih untuk menguji mereka. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini.

Oleh itu, marilah kita sama-sama doakan supaya adik Sofea dapat kembali sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Semoga keluarga Puan Dhia akan terus tabah dan cekal untuk menjaga adik Sofea dan supaya mereka terus dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah supaya mereka dapat berikan perhatian dan penjagaan yang diperlukan adik Sofea.

PENTINGNYA PERTOLONGAN CEMAS

Menerusi perkongsian Puan Dhia ini juga kita dapat melihat betapa semua orang boleh membantu seperti Puan Dhia dan suami yang mengambil langkah berjaga-jaga, mendalami ilmu CPR dan bantuan asas, mentua dan ipar yang sanggup membantu meringankan beban dan lain-lain lagi.

Semoga kita juga menjadi masyarakat yang lebih kepada membantu daripada menghukum.

SUMBER : MAJALAHPAMA.MY & FB MADAMM DHIA

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …