Connect with us

#news

Mohon maaf jika salah, Ebit Lew borong barang runcit guna lori 10 tan edar pada asnaf

Selain daripada barisan frontliner, dapat kita lihat beberapa individu yang turut sama turun padang untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat dan juga kepada mereka yang bertugas semasa Perintah Kawalan Pergerakkan sedang berjalan.

Umum sedia maklum bahawa individu yang turut sama sibuk kesana-sini memberikan bantuan adalah pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Mohon maaf andai ada tidak menyenangi

Susulan daripada itu, Ebit Lew telah menjawab hal tersebut dan memohon maaf andai ada pihak tidak menyenangi tindakannya selama ini. Walau bagaimanapun, dia langsung tidak berkecil hati kerana faham pendapat setiap insan adalah berbeza-beza.

Namun, tindakannya itu rupanya tidak disenangi oleh beberapa pihak yang telah melontarkan ketidakselesaan mereka di media sosial.

Borong barang runcit guna lori 10 tan

Enggan mengambil pusing segala isu tersebut, Ebit Lew tetap dengan kerja dakwahnya apabila membelanja barangan runcit menggunakan lori 10 tan bagi diagihkan kepada masyarakat setempat menggunakan khidmat grab dan juga runner.

 

Mohon maaf jika salah, Ebit Lew borong barang runcit guna lori 10 tan edar pada asnaf

Mohon maaf jika salah, Ebit Lew borong barang runcit guna lori 10 tan edar pada asnaf

Mohon maaf jika salah, Ebit Lew borong barang runcit guna lori 10 tan edar pada asnaf

Mohon maaf jika salah, Ebit Lew borong barang runcit guna lori 10 tan edar pada asnaf

Diedar kepada asnaf tidak kira agama & bangsa

Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai staf namun dibantu oleh anak-anak muda yang sukarela memberikan bantuan mengangkat barangan tersebut.

Menurut Ebit Lew, dia berasa terkesan apabila ada asnaf yang tidak mempunyai bekalan makanan. Susulan daripada itu, dia telah membuat senarai barangan dan mendapatkannya di pasaraya bagi diedarkan kepada para asnaf tidak kira agama dan bangsa.

Mohon maaf jika salah, Ebit Lew borong barang runcit guna lori 10 tan edar pada asnaf

Mohon maaf jika salah, Ebit Lew borong barang runcit guna lori 10 tan edar pada asnaf

Terima kasih ustaz atas segala bantuan

Mereka juga berharap agar lebih ramai individu yang tampil meringankan para asnaf dan insan-insan yang terkesan dengan penularan Covid-19 ini.

Perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas positif daripada warganet yang begitu terharu dengan tindakan Ebit Lew. Mereka semua mendoakan agar pendakwah ini terus dilindungi dan diberi kesihatan yang baik sepanjang kerja-kerja murninya ini.

 

Mohon maaf jika salah, Ebit Lew borong barang runcit guna lori 10 tan edar pada asnaf

Semoga usaha Ustaz mendapat keredhaan Allah

Mohon maaf jika salah, Ebit Lew borong barang runcit guna lori 10 tan edar pada asnaf

Mari sama2 kita berkongsi rezeki dengan membantu

Mohon maaf jika salah, Ebit Lew borong barang runcit guna lori 10 tan edar pada asnaf

Sumber : Ebit Lew

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya