(Video) Tergamam Cikgu Tengok Pelajar Daif Tinggal Bawah Jambatan Tepi Sungai, Undang Rasa Sebak

Sejak pandemik ᴄᴏᴠɪᴅ-19 melanda negara ini, semakin ramai rakyat Malaysia yang hidup dalam kesempitan.

Pelbagai ujian terpaksa ditempuhi dengan sabar selain berharap ada sinar buat mereka.

Duduk bawah jambatan dengan keluarga

Hal ini dapat dilihat  menerusi satu perkongsian video di Facebook seorang pengguna dikenali sebagai Siti Rianna apabila memuat naik video beberapa orang guru datang ke rumah anak muridnya di bawah jambatan betul-betul tepi sungai.

Menurut Siti Riana, dia tergamam tatkala melihat keadaan ‘rumah’ yang dihuni pelajar terbabit yang serba daif selain lokasinya di tebing sungai boleh mendatangkan bahaya.

Sedih tengok tempat adik ni duduk😥

Sedih tengok tempat tinggal adik ni..😥😥..Cikgu lawat rumah anak muridnya…

Posted by Kepala Berputar on Friday, July 2, 2021

Situasi yang serba daif itu disambut si bapa dengan ucapan yang sangat menyentuh hati.

“Masuklah, kotor sikit cikgu..”

Difahamkan, guru itu melawat untuk melihat persekitaran sebelum mendapat perhatian ramai netizen di media sosial.

Memetik laporan Metro, kawasan tempat tinggal terletak di jambatan di Kampung Sedeng.

Lelaki berusia 35 itu telah pun mendirikan rumah tangga dengan wanita mualaf berusia 30 tahun berkenaan pada Disember lalu.

Kesiannya tengok mereka

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati, warganet meluah rasa sebak dengan kondisi murid tersebut.

Dari pandangan berbeza, ada juga warganet yang memuji ibu bapa murid tersebut, yang tetap sekolahkan anak mereka.

(Video) Tergamam Cikgu Tengok Pelajar Daif Tinggal Bawah Jambatan Tepi Sungai, Undang Rasa Sebak

(Video) Tergamam Cikgu Tengok Pelajar Daif Tinggal Bawah Jambatan Tepi Sungai, Undang Rasa Sebak

Sudah dibantu

Susulan viralnya video tersebut,  Team Unit Kebajikan Pejabat DUN Kemelah telah datang menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Bantuan makanan serta wang ringgit juga telah diberikan selain turut dirujuk kepada pihak berkuasa dan JKM untuk tindakan selanjutnya.

“Mereka diberikan bilik sewa yang terletak di tingkat atas bangunan kedai di bandar Segamat yang turut mendapat persetujuan daripada pemilik bangunan”

Di samping itu, JKM turut mempertimbangkan bantuan bulanan berjumlah RM300 selama setahun di bawah skim bantuan am.

Pagi tadi saya bersama Team Unit Kebajikan Pejabat DUN menyantuni pasangan suami isteri yang tinggal dibawah jambatan. Nasib tidak menyebelahi kami sebelah pagi kerana En N ( bukan nama sebenar ) tiada di bawah jambatan berkenaan. Sebelah petang team kami sekali lagi buat lawatan susulan. Alhamdulillah team kami dapat berjumpa dengan En N dan isteri. Beliau maklumkan pagi tadi mereka keluar mencari rezeki. Kesempatan itu kami menyampaikan sumbangan barang makanan dan wang ringgit kepada mereka. Kes beliau telahpun kami bawa kepada Pihak berkuasa & pihak JKM semalam. Salah satu yang kami nyatakan dalam perbincangan adalah mengenai isu rumah tempat tinggal baru mereka. Alhamdulillah sekitar jam 5.00pm kami mendapat maklum balas dan laporan penuh dari pihak JKM mengenai kes En N. Kes ini telah pun diselesaikan dengan baik oleh Pejabat Daerah Segamat bersama agensi yang berkaitan.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/835368/tinggal-bawah-jambatan-suami-isteri-dipindahkan

Posted by YB Dr. Sulaiman Mohd Nor, N.04 Kemelah on Friday, July 2, 2021

Alhamdulillah, semoga bantuan ini dapat membantu meringankan sedikit beban mereka.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

  1. Rujukan dan gambar, Malay News dan Siti Riana
  2. 2. Video, Kepala Bergetar

Lagi Kisah Tinggal Dibawah Jambatan

Tinggal bawah jambatan, suami isteri dipindahkan

(Video) Tergamam Cikgu Tengok Pelajar Daif Tinggal Bawah Jambatan Tepi Sungai, Undang Rasa Sebak

Sepasang suami isteri yang tular di media sosial ditemui tinggal di bawah jambatan Kampung Sedeng, Segamat, baru-baru ini, sudah dipindahkan ke kediaman lebih selesa, semalam.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat, Mohamad Kamil Helmi Mohd Pang, berkata melalui pengesahan dokumentasi, pasangan ini baru mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyantuni keluarga itu kelmarin di bawah jambatan yang dijadikan tempat tinggal mereka.

“Kami bersama Penghulu Mukim Pogoh, Ketua Kampung Paya Pulai dan pendakwah PERKIM hadir menemui mereka untuk membuat pemantauan awal,” katanya ketika ditemui di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di Jalan Awang, Segamat, di sini, hari ini.

Mohamad Kamil berkata, peringkat pertama pihak JKM telah memberikan sumbangan segera berbentuk bakul makanan untuk kegunaan segera pasangan berkenaan.

Katanya, selepas perbincangan terperinci JKM bersama penghulu mukim Pogoh serta persetujuan pasangan terbabit, satu keputusan bersama dibuat iaitu mencari penempatan berdekatan tempat kerja ketua keluarga itu.

“Keputusan dipersetujui dengan menyewa sebuah bilik yang terletak di tingkat atas bangunan kedai di Bandar Segamat yang turut mendapat persetujuan daripada pemilik bangunan.

“Alhamdulillah, semalam kita sudah berjaya membawa masuk suami isteri ini dan menyediakan keperluan bagi kegunaan untuk sewaan bilik di samping menyediakan barang keperluan dan peralatan seperti tikar, selimut dan tilam,” katanya.

Beliau berkata, pasangan suami isteri warga tempatan masing-masing berusia 35 dan 30 tahun itu akan diberikan bantuan RM300 yang akan diserahkan oleh pihak JKM dengan segera.

Selain itu, katanya, JKM turut mempertimbangkan bantuan bulanan berjumlah RM300 selama setahun di bawah skim bantuan am.

“Difahamkan sehingga ke hari ini, kedua-duanya menjalankan perniagaan kecik-kecilan menjual air soya,” katanya.

Terdahulu, tular keadaan daif sepasang suami isteri ini yang tinggal di bawah jambatan sejak beberapa bulan lalu sehingga mencetuskan pelbagai reaksi berbeza netizen.

Sumber: Beritaharian

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.