“Moyang You Comel Betul” – Cicit Tak Sangka Buyut Umur 105 Tahun Masih Ada Kudrat Beribadat, Selalu Bagi Nasihat

“JALAN baik-baik, kerja baik-baik.”

Begitulah pesanan seorang warga emas terhadap seorang cicit lelakinya, menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok.

Keakraban individu dua generasi ibarat ibu dan anak itu menyentuh emosi netizen, dengan rata-ratanya menyuarakan betapa bertuahnya pemuda tersebut dapat merasai kasih sayang seorang moyang.

Pemuda berkenaan, Amir Shain Mohd Jamal berkata, dia tidak aktif menggunakan aplikasi TikTok dan baru berkongsi video bersama moyangnya berusia 105 tahun, pada minggu ini.

Tangkap layar video yang meraih lebih sejuta tontonan di TikTok.

Maka tidak hairanlah anak muda berusia 25 tahun itu terkejut apabila video yang dirakamkan bersama moyangnya yang dipanggil nenek itu meraih lebih sejuta tontonan dan lebih 150,000 tanda suka (likes) di aplikasi popular tersebut.

“Alhamdulilah, pendengaran dan penglihatan moyang saya masih okay. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti di rumah.

“Moyang selalu beribadat. Nak jalan tak berapa kuat sangat. Banyak duduk, baring beribadat je,” katanya kepada mStar.

“Comel moyang you” – Cicit kagum Buyut umur 105 tahun masih kuat ibadat, selalu beri nasihat

Moyangnya banyak menghabiskan masa beribadat di rumah.

Lebih mesra disapa Amir, katanya, moyang sebelah bapanya yang turut dikenali dengan panggilan ‘Buyut’ itu mempunyai empat anak, kira-kira 10 cucu dan enam cicit.

“Moyang suka berborak, rajin bercakap dan suka cerita pasal zaman dulu-dulu. Moyang selalu cerita pasal zaman komunis dan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Dulu makan masa tu susah, hanya makan keledek je,” ujarnya sambil menambah warga emas itu tinggal bersama neneknya berusia 80-an di Johor Bahru, Johor.

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, moyangnya sering menasihati mereka sekeluarga untuk sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

“Moyang selalu suka ingatkan kami agar tidak melakukan kejahatan. Moyang pesan jangan buat benda jahat, selalu ingat orang tua, ada duit jangan membazir dan jangan tinggal solat,” katanya yang juga berasal dari Johor Bahru.

Moyang Amir gemar bercerita.

Amir yang merupakan seorang kerani turut kagum dengan moyangnya yang dahulunya mencari rezeki dengan bekerja sebagai penoreh getah kerana sentiasa berkongsi nasihat.

“Saya kagum dengan moyang sebab dia masih mampu dan kuat melakukan kewajipan sebagai hamba Allah dengan beribadat dan solat.

Moyang pesan jangan buat benda jahat, selalu ingat orang tua, ada duit jangan membazir dan jangan tinggal solat

AMIR

“Sedangkan kita yang muda-muda ni pun belum tentu dapat melakukannya dengan baik. Saya juga kagum moyang saya tak pernah putus memberi kata-kata nasihat setiap kali jumpa.

“Jadi, saya berharap semua yang menonton video saya bersama moyang agar mendoakan moyang saya sihat selalu dan dipanjangkan umur,” katanya.

Rata-rata netizen di ruangan komen memuji keakraban Amir bersama moyangnya, malah video itu juga mengingatkan mereka dengan keluarga masing-masing.

“Samalah kita. Moyang saya tahun ni dah umur 101 tahun. Alhamdulillah masih sihat.”

“Bila tengok ni automatik rindu dekat arwah Tok.”

“Comel moyang you! I paling rapat dengan moyang I dulu tapi Allah pinjamkan sekejap je untuk I.”

“Cutenya moyang dik. Semoga Allah sentiasa melindungi moyang adik,” demikian antara komen netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Sumber : mstar

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.