Aku ni orang pantai timur, Terengganu. Mak mertua tak suka orang pantai timur. Bagi dia, orang pantai timur ni cakap ntah apa apa, tak pandai jaga diri dan seIekeh.Kadang – kadang aku pikir jugak, teruk sangat ke orang pantai timur. Mulia sangat ke diorang yang kaya raya ni berbanding peneroka felda?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kisah aku bermula bila aku kahwin masa belajar last semester. Husband aku pegawai bank kat Selangor. Suami aku anak nombor 2 dan anak kesayangan mak mertua aku. Sebelum kami kahwin, laki aku ada cakap yang mak dia tak suka orang pantai timur. Bagi dia, orang pantai timur ni cakap ntah apa – apa, tak pandai jaga diri dan seIekeh. Nak dijadikan cerita, aku ni orang Terengganu.

So benda pertama yang aku nak cerita, dia memang tak suka aku la, sebab aku orang pantai timur. Masa datang merisik pun dia terus terang je cakap, susah kalau kahwin dengan orang Pantai timur ni, jauh dan penat nak drive. Tapi disebabkan anak dia yang berkenan, dia ikutkan juga walaupun jauh. Pertama kali aku diamkan je la sebab nak jaga hati bakal mertua. Famili mertua aku ni menetap kat Arab Saudi.

Abang ipar aku ni kahwin dengan menantu pilihan hati mak mertua aku la, orang Perak. Masa mula – mula kahwin dulu, aku balik kadang – kadang la rumah mak mertua aku sebab aku masih lagi belajar. Masa tu mak mentua dan 2 orang lagi anak dia dah fly to Saudi. Aku ni pulak, jenis yang buat kerja banyak – banyak terus, contohnya, iron baju banyak – banyak, basuh baju banyak – banyak dan masak banyak – banyak la. Orang pantai timor ni kan memang pandai masak dan sedap plak tu.

Nak dijadikan cerita, sebulan kahwin aku dah disahkan mengandung. Alhamdulillah, rezeki. Aku kene hadap morning s1ckness yang sangat – sangat teruk sampai aku nak jalan pon tak larat. Masa cuti semester tu, husband aku bawak la aku duk umah mertua aku yang masa tu abang ipar n bini dia ngah duduk jugak. Dia tak nak la tinggalkn aku kat rumah mak aku kat terengganu sorang – sorang sebab aku alahan terok, susah dia nak datang dan jaga aku time tu.

Rumah kami tengah renovate mase tu sebab nak besarkan dapor. Jadi aku setuju. Aku duduk la sana, tetapi bini abang ipar aku ni macam tak suka aku duduk kat sane jugak. Aku memang tak boleh nak masak atau buat apa – apa masa tu. Bau minyak dan bawang goreng pon tak boleh. Bau ubat gigi pon tak boleh. Sampai aku gune ubat gigi budak – budak yang kodomo lion tu je untuk berus gigi aku. Masuk makanan je terus munt4hkan balik.

Masa tu check in, check out hospitaI je keje aku. So memang aku tak ade tenaga dan memang tak larat la nak kemas – kemas rumah ke masak ke. Tapi, aku siap – siap dah hantar dobi baju kerja laki aku, siap gosok dah untuk 2 minggu. So kerja aku masa tu baring jela. Disebabkan aku ni baring je, bini abg ipar aku ni mengadu kat mak mertua aku ni. Cakap aku ni duk sini macam raja, dan buat dia macam h4mba. Dia cakap aku ni tak iron pon baju laki aku, laki aku pakai je baju yang berkedut seribu pegi kerja.

Demi Allah, aku tak ade pon nak suruh dia masakkan ke apa ke untuk aku, sebab aku memang tak leh makan apa – apa pon. Mak mentua aku ni wasap aku pagi – pagi, dalam pukuI 3 pagi macam tu, marah aku cakap aku manje la, mengade la. Dia cakap la dulu dia pon mengandung jugak boleh je buat keje rumah. Masak tak ade pon nak harapkan orang masakkan untuk dia.

Aku nangis la bile dia cakap macam – macam kat aku dalam wassap tu. Mungkin sebab tengah mengandung kot, em0si lebih. Laki aku masa tu terk3jut la sebab aku nangis sedu sedan, aku bagi la dia baca wassap mak dia tu. Laki aku macam beng4ng la, sebab macam mana dia boleh tau sedangkan dia tak ada kat sini pon. Esoknya, dia la tanya abang dia, abang dia cakap tak tau apa – apa. So sah – sah la bini dia punyer keje. Kami cuba la tanya secara baik, dia tak mengaku.

Last – last laki dia cek wassap dia, memang dia yang jadi batu api cerita macam – macam kat mak mertua kat sana. Aku and husband aku start hari tu, memang da tak cakap apa – apa pun dengan biras aku. Masa nak raya, diorang balik Malaysia. Ayah mertua aku harap sangat la boleh duduk ramai – ramai berkumpul sama – sama. Aku ikutkan la jugak walaupon macam malas la. Masa tu aku da ok sikit la, boleh la masak sikit.

Masa tu plak, diorang ni ambik kesempatan, suruh aku masak macam – macam. Aku dengan perot boy0tnye, masak la sorang – sorang kat dapor sambil menangis. Macam – macam aku masak, nak sangat ambik hati ayah mertua aku. Dah la masak sorang – sorang, bila makanan dah hidang, mak mertua aku ni tak ajak pon aku makan sekali. Sedih sangat masa tu. Rasa nak balik je nk mengadu kat mak aku.

Laki aku ni serba salah, akhirnya dia ajak aku makan dengan dia je nanti. Dah la aku masak, aku hidang, diorang makan – makan pastu tinggal je pinggan mangkok tu atas meja pastu keluar nak pergi jalan – jalan. Siap pesan lagi kat aku, cuci bersih-  bersih dan keringkan betol – betol sebab pinggan tu mahal. Cuba korang pikir hati aku masa tu? Aku ni menantu ke orang gaji diorang? Bukan aku sorang je menantu, dia ada lagi 1 menantu dan 1 anak perempuan. Tapi semua tu aku sorang yang buat.

Berpeloh aku duduk kat dapur sorang – sorang, bila dah masak makannya ramai. Mak mentua aku mase aku bersalin tak datang tengok malah tak telefon pon tanya aku dan cucu dia ok ke tak. Alasan dia jauh. Tup – tup aku dapat tau menantu kesayangan dia terseIiuh kaki. Boleh plak drive ke Ipoh semata – mata nak tengok. Time tu aku memang dah terasa hati sangat – sangat. Dia balik dari bercuti kat Istanbul beli macam – macam kat menantu dia sorang lagi. Tudung abaya, tshirt, set pinggan mangkok la.

Bahagian aku, dia beli tudung 1 helai je, tak beli kan aku baju ke apa ke sebab alasan dia tak tau size. Padahal aku ni size standard je kalo nak banding dengan menantu dia sorang lagi yang agak gempaI tu. Semua yang aku buat, ada je yang tak kena kat mata dia. Hari tu dia kol laki aku dari Madinah, tanya kenapa belikan minyak wangi dan jam mahal untuk aku? Membazir je dia cakap. Baik belikan kat dia. Aku diam je tak cakap apa – apa.

Ntahla, sekarang aku dah kerja, anak aku dah 8 bulan dan dah duduk umah laki aku. Kadang – kadang aku pikir jugak, teruk sangat ke orang pantai timor ni di mata orang Johor?? Mulia sangat ke diorang yang kaya raya ni berbanding peneroka felda ? Kadang – kadang aku terpikir jugak, kenapa ek orang yang pakai jubah labuh, tudung besar dan diorang dah duduk kat madinah, kat tanah suci, tapi kenapa still ada sikap negatif macam tu?

Aku tanya jugak laki aku kenapa tapi laki aku hanya suruh bersabar sebab dia cakap ada baIasan dan bahagian untuk orang – orang yang sabar ni. Aku hmmmm, ntah la tak tau la setakat mana leh sabar. Doakan aku supaya diberikan kesabaran yang tinggi. – Eiya

By The Klasik

"Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya.."