Mungkin Permintaan Terakhir, Adik Hidap Bar4h 0tak Memerlukan Bantuan Helikopter Untuk Dibawa Pulang Beraya Di Kampung

Hari ini, aktivis kemanusiaan Natipah Abu memaklumkan bahawa pihaknya sedang mencari helikopter yang boleh disewa dengan segera.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya, helikopter itu mahu disewa untuk laluan dari Langkawi ke Alor Setar, Kedah. Walaupun kelihatan dekat dalam satu negeri yang sama, namun ada cerita ‘panjang’ di sebalik permintaannya.

Pulang ke kampung, permintaan terakhir

Berdasarkan kenyataannya di ruangan komentar, Natipah menjelaskan bahawa ini adalah untuk memenuhi permintaan seorang kanak-kanak yang telah mender1ta s4kit kr0nik bertahun-tahun lamanya. Tidak dapat tidak, nyaw4 anak kecil ini seperti telur di hujung tanduk.

Tiada apa lagi yang lebih ‘berharga’ di dunia ini apabila pasukan perubatan mengesahkan bahawa penyak1t adik ini tidak lagi mampu diselam4tkan. Nampak sungguh t3nat dan memenatkan.

Pada saat-saat akhir ini, apa yang terkunci dan terbuku dalam hatinya hanyalah mahu pulang ke kampung dalam kadar segera. Namun ia tidak semudah yang disangka. Peny4kitnya membatasi segala-galanya.

“Anak ini sudah berjuang melawan kans3r ot4k selama tujuh tahun dan perjuangannya sudah sampai ke noktah bila doktor sahkan tiada lagi kaedah dan raw4tan moden untuk menyembvhkan s4kitnya.

“Sekarang dia sedang krit1kal dan sangat berharap untuk balik ‘beraya ke kampung’…mungkin inilah permintaan terakhirnya. Kak Pah ada nak sewa bot laju tapi dia tak boleh terh3ntak (kepalanya). Peswat komersial pun tak sesuai. Ada contact beberapa syarikat helikopter sebelum ini, (tapi) depa tak buat dah..” katanya dalam komentar tersebut.

Ekoran itu, ramai netizen saling berkongsi idea bagaimana untuk memastikan ‘ikhtiar terakhir’ ini dapat dilaksanakan dengan semampunya. Rata-rata mereka memberi cadangan supaya menghubungi pihak Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Tidak kurang juga, ada yang turut berkongsi nombor-nombor seseorang yang dipercayai boleh membantu k3s ini kepadanya. Malah ada juga yang berbesar hati menawarkan khidmat bantuannya sendiri.

Hebahan ini dimuat naik ke laman Facebooknya kira-kira dua jam yang lalu. Namun belum ada sebarang kemas kini terkini yang dibuatnya. Mungkin Natipah sedang menunggu maklum balas daripada mana-mana pihak yang dihubunginya.

Buat sementara ini, sama-samalah kita berdoa agar ikhtiar ini menemui jalan keluarnya. Adik ini tidak minta banyak dan bukan helikopter yang dia mahukan sebenarnya. Namun keadaan kepalanya yang s4kit itu tidak mengizinkan untuk dia menggunakan kenderaan biasa, bimbang berlaku komplikasi lain.

Mungkin laluan udara melalui helikopterlah satu-satunya cara paling selamat yang dia ada. Semoga ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kecem4san buat usaha Natipah ini, Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Natipah Abu

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:  staf RB

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …