Nikah Dengan Pemuda Islam. Rupanya Ini Sebab Mengapa Bill Gates Tidak Mahu ‘Menantu Miskin’

Pada 15 Oktober yang lalu, anak perempuan kepada pengasas Microsoft, Bill Gates, Jennifer Katherine, 25 tahun telah selamat melangsungkan perkahwinan bernikah dengan seorang pemuda dari Mesir, Nayel Nassar, 30 tahun.

Menantu Bill Gates, Nayel yang merupakan seorang penunggang kuda profesional, juga adalah ahli perniagaan di mana nilai kekayaannya sendiri telah mencecah $100 juta.

Berikutan dari perkahwinan berkenaan, jawapan Bill Gates kepada persoalan ‘adakah beliau akan menerima jika anak perempuannya berkahwin dengan lelaki sederhana atau lelaki miskin?’ semasa menjadi panel speaker telah kembali tular.

Menurut sumber Medium, jawapan yang diberikan Bill Gates bagi menjawab kepada persoalan berkenaan agak mudah dan mampu mengubah persepsi orang ramai tentang kaya dan miskin.

Bagi Bill Gates, kekayaan bukanlah bermakna memiliki akaun bank yang tebal tetapi keupayaan dan kebolehan untuk mencipta kekayaan.

Memberi contoh individu yang menjadi kaya dengan memenangi loteri, bagi beliau orang berkenaan bukanlah orang kaya tetapi orang miskin dengan duit yang banyak dan disebabkan itulah hampir 90% daripada jutawan loteri kembali jatuh miskin selepas 5 tahun.

Ada juga orang kaya tetapi tidak berduit, sebagai contoh usahawan yang telah menuju ke arah kekayaan dan tidak mempunyai duit kerana melabur untuk mengembangkan ilmu pengetahuan mengenai kewangan. Dan itulah kekayaan.

Bagaimana orang kaya dan orang miskin berbeza?

Orang kaya mungkin mati untuk menjadi kaya, manakala orang miskin boleh membunuh untuk menjadi kaya.

Bill Gates berpendapat, jika seorang anak muda sedang cuba berusaha berlatih, mempelajari sesuatu yang baru dan secara konsisten memperbaiki dirinya, dia adalah seorang yang kaya.

Tetapi jika seorang pemuda beranggapan bahawa masalahnya adalah negara dan menganggap semua orang kaya adalah pencuri dan sentiasa mengkritik, maka dia adalah orang yang miskin.

Ini kerana orang kaya yakin dan percaya bahawa mereka hanya memerlukan maklumat dan latihan, sedangkan orang miskin berpendapat bahawa orang lain harus memberikan mereka duit.

Memberikan kesimpulan bahawa anak perempuannya tidak akan berkahwin dengan lelaki miskin, yang dimaksudkan beliau bukanlah wang, tetapi keupayaan mereka untuk mencipta kekayaan.

Anak Bill Gates kahwin dengan pemuda Muslim

NEW YORK: Anak perempuan sulung pengasas Microsoft, Bill Gates berkahwin dengan seorang pemuda Muslim pada Jumaat lalu di New York.
Jennifer, 25, dilaporkan melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemuda dari Mesir, Nayel Nassar, 30, dalam satu majlis kecil-kecilan mengikut Islam yang diadakan secara rahsia.

Bagaimanapun, setakat ini masih tidak diketahui sama ada Jennifer sudah menganut agama Islam atau tidak walaupun majlis kecil-kecilan secara Islam diadakan.
Majlis kecil-kecilan itu diadakan di ladang kuda yang menjadi milik anak perempuan Gates seluas 57.46 hektar di North Salem, New York sementara majlis perkahwinan besar-besaran pula diadakan di rumah Jennifer di Westchester, New York pada Sabtu lalu dengan dihadiri kira-kira 300 orang tetamu.

Anak perempuan Gates itu meminta mereka yang datang ke majlis perkahwinan tersebut mendapatkan vaksin COVID-19 terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Pada Ahad pula, satu majlis makan tengah hari diadakan di sebuah restoran.

Gates dan bekas isterinya, Melinda yang mengumumkan perceraian pada Ogos lalu menyiarkan gambar-gambar perkahwinan anak perempuan sulung mereka itu di akaun Instagram masing-masing.

Mereka berdua turut menghadiri majlis perkahwinan tersebut.
Majlis perkahwinan besar-besaran itu dianggarkan melibatkan kos kira-kira AS$2 juta (RM8.34 juta).
Gates merupakan salah seorang individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaannya dianggarkan AS$132 bilion (RM550.64 bilion).

Ibu bapa menantu Gates itu pula warga Mesir bertaraf jutawan.
Suami Jennifer itu pernah menjadi wakil Mesir dalam beberapa pertandingan ekuestrian dan yang terbaharu mewakili negaranya dalam Sukan Olimpik di Jepun.
Jennifer dan Nassar yang mempunyai syarikat perniagaannya sendiri berkenalan ketika mereka menuntut di Universiti Stanford. – Agensi

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.