Selepas BN Cipta Kejutan Di Melaka, Najib Razak Keluarkan Satu ‘Statement’ Khas Kepada Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Malaysia.

Sebaik BN melakar kemenangan bergaya dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka, bekas perdana menteri Najib Razak tampil menggesa kerajaan persekutuan supaya merealisasikan pengeluaran wang sehingga RM10,000 melalui inisiatif i-Citra.

Najib memetik nama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya segera ‘menekan butang’ i-Citra RM10,000.

“Tengku Zafrul, kasi (sila) tekan butang i-Citra RM10,000 secepat mungkin,” katanya ringkas dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu BN merekodkan kemenangan majoriti dua per tiga sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri Melaka dengan kemenangan di 21 kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Sebagai rekod sebelum ini Najib memohon agar kerajaan menaikkan had maksimum pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada RM10,000, berbanding RM5,000.

Cadangan itu katanya bukan langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat pasca Covid-19.

“Saya mendapati ramai yang bersuara dan mendesak. Ini sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan ataupun berniat untuk mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil.

“Saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir, kerana ini amat dituntut oleh rakyat,” katanya pada sesi perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Selepas BN Menang Besar Di Melaka, Najib Razak Keluar Satu Ayat Khas Utk Menteri Kewangan Tengku Zafrul

 

Najib Razak turut meninggalkan komen kepada Tengku Zafrul berkenaan isu rumah Najib Razak bernilai RM100 Juta yang dibangkitkan baru baru ini.

Satu lagi. Saya telah tarik balik permohonan hak kediaman seperti dalam Akta kerajaan.
Keputusan saya adalah muktamad.

Sekiranya tanah dan kediaman tersebut benar-benar bernilai RM100 juta, saya saran Menteri Kewangan untuk jual.

Dana RM100 juta yang diperolehi boleh dimasukkan dalam satu tabung khas untuk diberikan sebagai pinjaman tanpa sebarang faedah atau kos perkhidmatan kepada mereka yang sudah lama meminta i-Citra dinaikkan dari RM5k ke RM10k sekiranya Menteri Kewangan masih tidak mahu meluluskan kenaikan had pengeluaran KWSP ini.

RM100 juta boleh memanfaatkan 20,000 penerima dengan nilai RM5k seorang.

Selepas BN Menang Besar Di Melaka, Najib Razak Keluar Satu Ayat Khas Utk Menteri Kewangan Tengku Zafrul

Sumber : Malaysia Kini / Najib Razak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.