Nak Men4ngis Susah Cari Tempat Solat, Noorkhiriah Mahu Bina Surau Di Stesen Minyak

Pelakon Noorkhiriah meluahkan hasrat untuk membina sebuah surau kecil di mana-mana stesen minyak yang tidak menyediakan kemudahan tersebut.

Mahu meninggalkan ‘sesuatu’ sebelum menghembvskan nafas terakh1r, Noorkhiriah berkongsikan perkara itu berikutan sukar mencari surau ketika berada di sebuah lokasi penggambaran.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Noorkhiriah berkata dia seperti mahu menangis kerana tidak berjaya mencari surau berdekatan untuk mendirikan solat namun tidak mendedahkan lokasi tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

“Tolong sesiapa yang tahu ya. Terfikir nak buat begini pasal saya ada penggambaran di satu lokasi. Nak menangis dik, majoriti tak ada surau di stesen minyak. Akhirnya dapat tetapi itupun berebvt dengan adik (lelaki) pekerja Grab Food,” katanya.

Noorkhiriah turut meminta pengikutnya jika mereka mengetahui mana-mana stesen minyak yang tidak memiliki kemudahan surau kerana dia mahu membina surau di sekitar kawasan Kuala Lumpur atau berdekatan dengan tempat tinggalnya.

@khiriah_17

Konpius weh😂😂😆

♬ bunyi asal – Khiriah17

“Setakat surau kecil akak mampulah, yang besar belum. Kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Saya tak kaya tapi saya nak tinggalkan sesuatu sebelum meningg4l. Moga usaha kecil saya ini Allah permudahkan,” luahnya.

Perkongsian pelakon itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang berkongsikan maklumat kepadanya. Malah, ada yang meluahkan hasrat utnuk menyalurkan dana untuk kemudahan tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

sumber: RotiKaya

Check Also

Beza Jarak Usia 18 Tahun, Wanita Akhirnya Berjodoh Dengan Suami Walau Banyak Kali ‘Rejectt’

Betul lah kata orang, jodoh tidak mengenal usia seseorang Walaupun kita lihat ramai yang bertemu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.