Kata2 Padu Namron Mungkin Dapat Membuat Stesen TV Yang Nak Sangat Artis Ada 1 Juta Pengikut, Terdiam

Tindakan pelakon Namron baru-baru ini memuat naik gambar tidak berbaju di laman Instagramnya hanyalah sebagai respons ke atas kenyataan berkaitan syarat ditetapkan stesen TV.

Tidak setuju dengan stesen TV yang hanya mengambil pelakon memiliki jumlah pengikut tinggi di Instagram, Namron atau Shahili Abdan, 52, mengatakan bahawa syarat tersebut akan mendatangkan keburukan kepada industri seni.

” Posting saya itu sebagai respons terhadap kenyataan mengenai stesen TV meletakkan syarat pengambilan pelakon yang memiliki pengikut sejuta di IG.

” Saya memang tak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kalau bukan bakat yang dipilih tapi pengikut, memang lebih banyak keburvkan daripada kebaikan.

” Syarat itu akan membuatkan semua orang cetuskan kntroversi dengan melakukan perkara mengarut untuk mendapatkan pengikut.

” Ia akan memberi kesan yang burvk kepada industri kita. Sebab itu saya memang tak setuju dengan syarat tersebut,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pemilik Zeel Productions iaitu Haji Zeel mendedahkan bahawa ada stesen TV yang menetapkan syarat pengambilan pelakon yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram sebagai watak utama.

Ekoran dari pendedahan berkenaan, Namron tampil dengan cara menyindir dan sarkastiknya menyahut cabaran sebuah stesen televisyen dan segelintir penerbit dengan berkongsi gambar tanpa baju di media sosial Instagram miliknya.

Namron dengan sinis mengatakan beliau memerlukan sekurang-kurangnya satu juta pengikut di platform tersebut untuk melayakkan diri menerima tawaran berlakon.

Sementara itu, Namron menjelaskan bahawa perkongsian tersebut bukan bermaksud beliau tidak mempunyai sebarang tawaran tetapi hanya menyuarakan bagi pihak pelakon baru yang sangat berbakat besar.

” Jangan salah faham, saya muat naik posting itu bukan bermaksud saya tiada ‘job’. Alhamdulillah, job saya berterusan sehingga tahun hadapan.

” Saya cakap lebih kepada pelakon-pelakon baharu nak menapak dalam industri dan yang berbakat tapi tak diberi peluang sebab pengikut di laman sosial tak ramai.

” Sudah tentu, saya sebagai pengarah, nak bekerja dengan pelakon berbakat bukan hanya sekadar popular. Karya yang bagus dengan pelakon berbakat itu yang penting.

” Sebagai contoh saya sendiri, walaupun pengikut saya tak ramai, tapi ke mana-mana saya pergi tetap orang kenal juga,” ujarnya.

Sebelum ini, penerbit Fadzil Teh mempertahankan keputusan stesen TV berasaskan penstriman yang menetapkan bahawa syarat pelakon yang ingin tampil dalam saluran tersebut mesti mempunyai lebih dari satu juta jumlah pengikut atau ‘followers’ di Instagram.

Tambah Fadzil lagi, syarikat penerbitannya mengalu-alukan dan menyambut baik perkara berkenaan sekali gus mendorong peminat artis tersebut memuat turun dan menonton kandungan yang disediakan dalam saluran itu.

” Sebagai penerbit, kewujudan saluran TV berasaskan penstriman ini sedikit sebanyak memberi peluang penggiat industri kita untuk mengembangkan karya tempatan ke luar negara. Apatah lagi, saluran ini memang dari luar negara.

” Cuma, apabila mereka mula membuka ruang kepada pengkarya tempatan bagi menerbitkan kandungan berbentuk drama dalam saluran mereka, saya kira ia sesuatu yang perlu disambut baik.

” Biarpun syarat ditetapkan agak ketat dari segi skrip dan jumlah ‘followers’ artis, bagi saya ia bukan masalah utama.

” Sebaliknya ia adalah cabaran untuk setiap syarikat produksi dalam menghasilkan karya yang lebih berkualiti.

” Dalam masa sama, drama yang dihasilkan itu juga menampilkan pelakon yang popular,” katanya kepada HarianMetro.

Namun, perkongsian Fadzil mengenai perkara itu dalam hantaran di Facebook telah mendapat pelbagai respons dan maklum balas termasuk beberapa aktivis dan penggiat seni.

Ada pihak yang beranggapan tindakan saluran TV itu tidak wajar selain menyifatkan ramai pelakon yang mempunyai jumlah ‘followers’ lebih daripada satu juta tidak berbakat, ‘kayu’ dan hanya menjual populariti.

” Bagi saya tidak perlu timbulkan isu populariti dan bakat. Sebenarnya, ramai juga dalam kalangan pelakon yang berjuta ‘followers’ ini berbakat.

” Popular dan ramai pengikut itu adalah bonus buat mereka sehingga memberi kelebihan dari segi tawaran kerja.

” Jadi, bagi artis yang dikatakan berbakat dan kurang ‘followers’ itu sepatutnya mereka perlu tingkatkan inisiatif dengan aktif di media sosial.

” Sebab ‘trend’ hari ini pun berbeza. Mahu atau tidak mereka perlu akur dengan permintaan sebegitu. Tidak wajar jika mahu menyalahkan satu pihak saja,” katanya.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.