Tunai Hajat Ibu, Nana Buat Kejutan Untuk Mak Abah Hadiahkan Proton X70, ‘Ya Allah Mata Masuk Habuk’

” Misi membuat kejutan buat mak dan abah semalam. Sejak sekian lama mak bercerita pasal kereta ini..” – Nana Mahazan

Luah penyanyi dan pengacara Nana Mahazan yang telah membuat kejutan dengan menghadiahkan ibu bapanya sebuah kereta Proton X70 yang dianggarkan bernilai lebih RM95,000.

Hadiah itu diberikan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapanya.

Nana berkata, sebelum ini ibunya pernah bercerita mengenai kereta tersebut sehingga beliau terdetik untuk merealisasikannya.

” Berkongsi dengan semua bukan niat menunjuk jauh lagi riak. Moga kita sama-sama dapat teruskan usaha kita untuk menggembirakan ibu bapa kita.

” Jangan pernah mengalah dan penat. Berusahalah untuk sentiasa memberikan yang terbaik. Bukan hasil saja yang dipandang, usaha lebih jauh dihargai.

” Tiada apa-apa pekerjaan kalau kita buat kerana Allah dan untuk menggembirakan yang kita sayang, tiada yang sia sia,” katanya yang berkongsi video kejutan di Instagram miliknya.

Tambah Nana lagi, beliau juga mendoakan agar semua yang menonton rakaman video tersebut semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan dan berpeluang untuk membalas budi kedua ibu bapa.

” Saya doakan semua yang menonton dilimpahkan rezeki, diberikan kemampuan untuk berkhidmat kepada ibu bapa dan insan yang kita sayang.

” Kepada mak dan abah, Nana bersyukur dapat keluarga yang amat menyokong, ‘cool’ dan terbaik.

” Terima kasih mak dan abah sebab selalu percaya dengan Nana. Terima kasih juga buat suami atas restu dan sokongan.

” Tidak dilupakan kepada adik-beradik, keluarga, pasukan saya dan sahabat-sahabat yang selalu mendoakan. Semoga semua yang baik-baik berbalik pada kalian,” katanya.

Peminat jadikan Nana sumber inspirasi

Dalam pada itu, melalui ruangan komen, rata-rata peminat memuji tndakan Nana yang berusaha untuk merealisasikan impian kedua ibu bapanya.

Malah, selain berasa sebak, mereka juga menjadikan apa yang dilakukan Nana itu sebagai inspirasi untuk sama-sama berbakti dan menggembirakan ibu bapa mereka.

” Bnyk kali tgk… terharu dan mata masuk habuk. Alhamdulilah rezeki kita share dengan family..” tulis Liza.

” Saya still x ada rezeki lagi nak happykn ayah n ibu.. still gigih utk mencari rezeki nak beli sumthing big for them.yg kecil2 dh selalu..doakn semoga saya dipjgkn umur,dimurahkn rezeki nak membahagiakn mereka.aminnn..” tulis Elly.

” Murah rezeki kak Nana.. semoga sy juga diberikan kesempatan oleh Allah swt utk membahagiakan ibu ayah sy juga.. Aamin Ya Rabbal Alamin..” komen Shada.

Info menarik Nana Mahazan

Pemilik nama sebenar Nurul Hana Che Mahazan ini dilahirkan pada 1 Julai 1983. Dilahirkan di Muar, Johor dan dibesarkan di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Nana merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita Malaysia. Nana menceburi bidang hiburan sewaktu menyertai program realiti TV, Akademi Fantasia Musim 1 pada tahun 2003.

Beliau adalah anak perempuan tunggal daripada 4 orang adik-beradik Superitendan Polis Che Mahazan Che Aik dan Rosnah Harun.

Membesar di Kuching, Sarawak dan kemudian berpindah ke Seremban dan bersekolah di Sekolah Rendah Dato’ Bandar Rasah sehingga Tahun 3.

Kemudian keluarga beliau berpindah ke Kota Bharu, Kelantan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim (1) sehingga tamat Tahun 6.

Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa sehingga tamat Tingkatan 5 kerana bapa beliau bertugas sebagai seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Abdul Razak di Pekan, Pahang dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang pengaturcaraan multimedia di Cosmopoint Muar.

Beliau telah berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah yang berasal dari Sarawak pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, iaitu, Althea dan Aaqib.

Bermula sebagai peserta program realiti Akademi Fantasia (musim 1), dan tersingkir pada minggu ke-7. Nana sempat juga menghasilkan 2 single, Katakan dan Lekas untuk album Evolusi 1.

Nana kemudiannya ditawarkan pekerjaan sebagai penyampai di ERA FM. Setelah tamat kontrak, Nana bertugas pula di X FM. Setelah menamatkan kontrak, Nana berehat untuk menumpukan kepada kehidupan keluarganya.

Selepas itu, Nana mendapat pelbagai tawaran pengacaraan di televisyen. Pelbagai rancangan bual bicara dan program realiti yang telah beliau terlibat sebagai pengacara.

Nana terlibat dalam bidang perniagaan apabila menghasilkan produk kosmetik jenama sendiri menggunakan nama Nana Mahazan yang dipasarkan oleh Nana Mahazan Beauty.

Sumber:hmetro, wikipedia dan IG Nana Mahazan.

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.