Connect with us

#news

Nasib Keluarga Tidur Atas Jambatan Terbela, Ebit Lew Sewa Rum@h Lebih Selesa

Published

on

ebit lew tolong gelandangan

Tempoh hari, tular berkenaan sebuah keluarga yang terpaksa tinggal di jejantas. Dengan hanya tidur beralaskan kotak, kisah keluarga ini telah mendapat perhatian daripada pendakwah bebas bernama Ustaz Ebit Lew.

Selepas sahaja beliau mengetahui dugaan serta kepayahan yang terpaksa dilalui oleh keluarga ini, beliau terus bergegas ke lokasi keluarga berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian.

Alhamdullilah, keluarga yang terpaksa berteduh di bawah jambatan itu dikhabarkan telah pun berjaya dibantu oleh ustaz Ebit Lew. Perkongsian tersebut telah dikongsi sendiri oleh Ustaz Ebit Lew menerusi laman media sosial miliknya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

 

Sebak rasa. Baru sampai rum@h setelah seharian carikan rum@h untuk adik ni & mak ayahnya. Dapat rum@h 1 bilik. 1 ruang tamu & ada dapur. Saya bayarkan rm500 sebulan dari tuan rum@h. InsyaAllah sya akan terus byar bulan-bulan selagi mampu insyaAllah. Saya bagi free jer pada mereka. Bila teng0k adik ni berlari-lari main mainan patung hadiah dri anak sy. Sebak menangis rasa hari ini. Ubat hati ini semalam tengok tidur anak ini tidur di jambatan alas kotak. Hari ini bermain-main dah ada rum@h sendiri.

Tadi ada seorang abang bagi rum@hnya free. Dia berada di oversea. Tapi kawasan kondo tu kena halau pula. Sedih gak. Takperlah. Katanya undang-undang. Ya Allah selalu begitu pandangan org pd org miskin & gelandangan. Tuan rum@h bagi. Tapi ajk tak bagi. Susah juga call sana sini. Banyak protokolnya. Ya Allah ampunkan dosaku kerana terlambat bantu mereka.

Saya dah biasa kena halau bila bawa adik jalanan pergi shoping atau sewa hotel. Hati saya dah lali kena halau ini. Dulu sebab usaha dakwah. Kena halau dari masjid. Luka sikit tapi cepat jer pulih. Kena halau dalam dunia ini takper. Jangan kena halau di akhirat. Saya doakan kebaikan & rahmat pada semua yang pernah halau saya. Saya maafkan semuanya. Saya sayang semuanya. Jangan hina mereka. Kadang ujian ini perlu untuk dekat pada Allah. Tanpa ujian kita tak boleh dekat padaNya.

Syukur kawan-kawan bantu. Terima kaseh abang azman & semua kawan-kawan yer. Terima kaseh tuan rum@h baik hati bantu masuk malam-malam ini. Saya doakan semua yang bantu Allah rahmati & kasih sayangnya. Saya dah hadiahkan tikar, toto, bantal, tilam & barang dapur. Baju saya banyak & baju isteri serta anak. Saya hadiahkan padanya. InsyaAllah esok hantar lagi barang-barang lain.

Sabarlah yer abang kakak. Kita mungkin buat silap & kadang orang pandang rendah. Tapi kita hidup untuk Allah sayang. Saya doakan Allah bantu abang dengan kakak yer. InsyaAllah Allah Maha Baik. ALLAH Maha Mengetahui..-ebitlew

Sumber: Ebit Lew

Continue Reading

Trending

Shares