Connect with us

#news

Netizen banjiri sesi live Dr Hisham dengan ucapan selamat hari jadi

Komitmen Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengetuai Kementerian Kesihatan (KKM) memerangi wabak koronavirus (Covid-19) sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Baru-baru ini, media antarabangsa, China Global Televisyen Network (CGTN) telah menyenaraikan beliau sebagai antara tiga doktor terbaik di dunia berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis tersebut.

Bukan itu sahaja, beliau turut menjadi inspirasi semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Netizen banjiri sesi live Dr Hisham dengan ucapan selamat hari jadi

Sempena ulang tahun kelahiran beliau yang hampir tiba, netizen mengucapkan selamat hari lahir kepadanya ketika siaran langsung sidang media harian KKM, sebentar tadi.

Ucapan tanda penghargaan dari rakyat berbilang kaum itu menggambarkan ketokohan beliau dalam menyatukan rakyat Malaysia di saat menghadapi situasi genting ini.

Netizen banjiri sesi live Dr Hisham dengan ucapan selamat hari jadi

Netizen banjiri sesi live Dr Hisham dengan ucapan selamat hari jadi

Malah, di akhir ucapan beliau, wakil media juga sempat menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buatnya.

Dr Noor Hisham dijangka menyambut hari lahir ke-57 pada 21 April ini iaitu dua hari lagi.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Gepostet von KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA am Sonntag, 19. April 2020

Continue Reading

Trending