Bukti Baru Perbualan Didakwa Milik Ebit Lew Disebarkan Oleh Firdaus Wong. Ustaz Mohib Khouli Tampil Bagi Satu Nasihat

Kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) masih menjadi isu dan perdebatan hangat di kalangan netizen di media sosial.

Walaupun kes itu telah disiasat selama 2 bulan, namun baru-baru ini, muncul bukti dan beberapa tangkapan skrin perbualan yang didakwa milik UEL dengan mangsa kes tersebut.

Melalui laman Telegram rasmi milik pendakwah bebas Firdaus Wong, beberapa bukti dakwaan gangguan seksual milik UEL didedahkan kepada ramai.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Firdaus melalui Telegram, dia berkata:

Dalam pernyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Firdaus Telegran, dia berkata:

“Kami akan bersama dengan mangsa-mangsa yang telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan. Jikalau ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman, kami telahpun bersiap sedia 100 peratus.

“Segala bukti-bukti telah kami siap sedia andai ada mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan saman. Kami tetap teguh mempertahankan prinsip berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar.

“Kepada yang selama ini mempersoalkan kenapa mangsa tidak buat laporan polis, kami telah lama buat laporan cuma tidak menceritakan agar tiada pihak menganggu siasatan,” ujarnya.

a

Sebelum ini, Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melalui siaran Telegramnya mendedahkan rakaman suara dan tangkap layar perbualan pornografi yang didakwa milik seorang pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Terdapat beberapa tangkapan skrin perbualan pendakwah berkenaan dengan seorang mangsa yang juga berstatus isteri seseorang. Antara ‘permintaan’ nya termasuklah mahu mereka menukar pasangan (suami isteri) dan melakukan hubungan seks di hadapan satu sama lain.

“Tukar ya”

“Tukar pasangan”

“Nak f*ck awak suruh dia f*ck wife saya nak

“Biar laki (suami) awak tahu bini(isteri) dia best giler”

“Kita buat show”

“Depan dia diorang tengok je” antara perbualan kononnya ditulis oleh pendakwah itu

Sementara itu, melalui laman Twitter, rata-rata netizen kelihatan bersikap neutral dan berkecuali dalam isu ini.

Malah ada yang berpendapat bahawa selagi tidak ada kebenaran yang pasti, individu terlibat tidak wajar dihukum kerana boleh mendatangkan fitnah.

Tidak kurang juga beranggapan bahawa di era media sosial dan teknologi moden ini, pelbagai cara dapat dilakukan untuk menjatuhkan seseorang.

“Kepada Ust Firdaus Wong, Jagalah Keaiban Saudara Kamu Ust Ebit Lew ” Ustaz Mohib Khouli

Menurut Ustaz Mohib, terdapat usaha yang mengerikan untuk memalukan Ebit Lew di sosial media

Beliau mengatakan tidak bersetuju dengan cara yang sedang dilakukan oleh Firdaus Wong

Berikut  rakaman penuh penjelasan dari Ustaz Mohib buat ramai setuju

Polis buka kertas siasatan tular video, mesej lucah pendakwah terkenal

Polis membuka kertas siasatan selepas mengesan penularan klip video dan mesej lucah yang didakwa membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseks4an (KK) kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Menurutnya, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

“Polis menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menyalahgunakan platform itu bagi mendatangkan kegentaran awam.

“Tindakan tegas juga akan diambil kepada individu yang sengaja menggugat ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Superintendan Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Khabir Mohd Afandi di talian 03-22666071.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.