Connect with us

#news

NGO cadang kad pengenalan diperbaharui, bertulisan Jawï

Kad pengenalan sedia ada wajar diperbaharui lebih sistematik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan lebih tinggi.

Pengerusi Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, tindakan itu perlu susulan penjualan kad pengenalan Malaysia kepada warga asing oleh sindiket yang juga musuh nombor satu negara.

Menurutnya, kerajaan disaran mempertimbangkan cadangan itu demi kebaikan rakyat dan keselamatan negara.

“Hanya dengan cara ini kita dapat menghentikan jualan k4d pengenal4n yang asli dan palsu termasuk menyekat pengunaannya dalam kalangan warga 4sing,”katanya.

Tambahnya, PAMM juga mencadangkan k4d pengenal4n baru bertulisan Bahasa Jawi bagi mengembalikan semula identiti orang Melayu selain mengeratkan perpaduan kaum.

NGO cadang kad pengenalan diperbaharui, bertulisan Jawi

Beliau berkata, PAMM percaya lambakan pelancong China dan India yang gagal dikesan pihak berkuasa turut mengambil kesempatan di atas jualan k4d pengenal4n sedia ada.

“Sejak w4rga asing membanjiri tanah air dicintai, wujud pelbagai kes jenayah termasuk kewujudan kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE).

“Itu belum lagi dicampur dengan perbuatan jenayah dilakukan w4rga China dan w4rga asing lain di negara ini. Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kedaulatan negara serta keselamatan rakyat.

“Malaysia bukan untuk pendatang haram. Semua pendatang tanpa izin perlu diusir segera,”katanya.

Mengulas isu berasingan, Mustaffa berkata, PAMM bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan kerajaan gelojoh kerana melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya bersetuju dengan apa diperkatakan Najib Razak. Kita lihat terlalu banyak kelonggaran diberikan. PAMM harap kerajaan menilai semula keputusan dibuat”, katanya.

Sumber: rentas7

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya