Connect with us

#pop

Niat untuk sakitkan hati orang lain, Penganggur hina Agong gagal bayar denda RM27,000

Mahkamah Seksyen di Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman denda RM27,000 atau penjara sembilan bulan kepada seorang penganggur kerana telah menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Penganggur yang menggunakan akaun Facebook palsu dengan menyamar sebagai seorang wanita itu, dijatuhkan hukuman oleh Hakim M. M. Edwin Param Jothy.

Pelaku, Sahril Zainuddin mengaku salah atas dua tuduhan yang telah dibacakan dihadapannya.

Menerusi semakan media, Sahril Zainuddin masih tidak membayar denda sebanyak RM27,000 dan dia dihantar ke Penjara Kajang.

Tuduhan pertama memutuskan pihak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman denda RM9,000 atau penjara selama tiga bulan atas kesalahan menghantar komunikasi buruk.

Tuduhan kedua memutuskan pihak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman denda RM18,000 atau penjara enam bulan atas kesalahan menyamar menggunakan akaun Facebook palsu.

Hakim M. M. Edwin berkata, mahkamah mengambil kira bahasa dan adat keterlaluan yang menghina dan memburukkan Yang-di Pertuan Agong sebagai Raja Perlembagaan.

Kata hakim Edwin, “Tindakan OKS (Orang Kena Saman) yang juga mewujudkan akaun palsu dengan menggunakan nama Fatin Aslinda Abu Talib ,31, untuk membuat hantaran itu telah banyak mendatangkan kemudaratan dan menganiayai wanita itu,”

Mengikut pertuduhan pertama, Sahril didakwa secara sedar memulakan komunikasi yang buruk terhadap Yang-di Pertuan Agong yang usulnya untuk menyakitkan hati pengguna Facebook yang lain. Beliau menyamar sebagai “Puan Linda”.

Atas perbuatan yang dilakukan olehnya, dia disabit mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.

Pada 29 Februari dan 1 Mac lepas, Sahril turut dituduh secara sedar telah mereka kenyataan yang menglibatkan Yang-di Pertuan Agong dengan niat hendak menakutkan orang awam.

Sahril akan didakwa Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Sahril, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan kerana telah diberhentikan kerja serta menjaga ibu bapanya yang uzur.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya