‘Beginilah Rupa Dan Keadaan Kereta Itu Skrg’ – Kereta Dipandu Nike Ardilla Semasa KmIangan Dibeli Secara Khusus Dan Msih Disimpan Peminat Setia

Rocker sekaligus penyanyi jelita terkenal yang berasal dari Indonesia, Nike Ardilla sangat tidak asing di kalangan peminat tempatan.

Malah, 2 lagu popular Nike Ardilla iaitu Duri Terlindung dan Aku Tak Akan Bersuara merupakan lagu ciptaan komposer popular dari Malaysia, Saari Amri.

Berketurunan Sunda dan berasal dari Bandung, Nike Ardilla telah dinobatkan sebagai Queen Of Rock Indonesia dan Artis Album terlaris di Indonesia dan Malaysia.

Nike Ardilla meninggal dunia dalam kmIangan jalan raya di Bandung pada usia 19 tahun ketika kerjaya muziknya berada di puncak populariti.

Walaupun sudah 26 tahun meninggI dnia, namun satu-satunya kenangan ‘harta’ ditinggalkan Allahyrham iaitu kereta jenis Honda Civic Genio masih disimpan seorang peminat setianya, Lia Nathalia.

Pengurus kelab peminat Nike Ardilla, Emma Amrin berkata, sehingga kke hari ini, kereta yang dipandu penyanyi berkenaan ketika terbabit dalam kmIangan pada 19 Mac 1995 yang menyebabkan kem4tiannya masih tersimpan rapi.

” Kalau tidak silap saya, Lia membeli kereta itu secara lelong dengan harga Rp100 juta (RM29,285). Itu dulu,” katanya.

Emma berkata, ketika ini keadaan kereta itu tidak baik kerana terdapat bahagian yang pecah dan ro.sak selain tidak dapat digerakkan.

” Beginilah bentuk kereta itu sekarang. Mungkin tidak dalam keadaan baik kerana ada bahagian yang ro.sak.

” Namun, keadaan luaran kereta ini masih asli seperti dulu. Hanya pintu saja yang diganti kerana dulu pintu asalnya ro.sak tervk. Malah, cat kereta juga tidak ditukar dan masih kekal yang asli,” katanya.

Mengulas mengenai pembeli baharu yang berminat, Emma berkata, ramai yang ingin membeli kereta itu namun keputusan untuk menjualnya terletak di tangan Lia.

” Memang ada ramai yang nak beli kereta ini, tapi terpulanglah kepada Lia untuk menjualnya atau tidak.

” Dia pernah bergurau dengan saya bahawa dia akan menjual kereta itu jika ada pembeli menawarkan harga Rp10 bilion (RM2.9 juta),” katanya.

Menurut Emma, dia tahu Lia tidak serius untuk menjual kereta tersebut dan yakin wanita itu akan terus menyimpan kereta milik Alhhayrham sebagai koleksi peribadinya yang bermakna.

Lagu Aku Tak Akan Bersuara telah melonjakkan nama Nike Ardilla sebagai Artis Indonesia paling popular di Malaysia sekitar tahun 1994.

Malah, Alhhayrham juga pernah membawakan lagu ciptaan Joe Wings, iaitu Pengembara Terasing.

Lia Nathalia pengganti Nike Ardilla

Sementara itu, berdasarkan perkongsian dari portal di Indonesia, Lia Nathalia yang sebelum ini merupakan pengerusi NAFC (Nike Ardilla Fans Club) Jakarta, yang kemudiannya turut terlibat dalam industri seni suara.

Seawal pembabitannya, peminat mengharapkan untuk melihat Lia menjadi pengganti Nike Ardilla, memandangkan dia juga merupakan peminat Nike Ardilla yang cukup fan4tik.

Di bawah asuhan dan bimbingan Adjie Esa Putra, Lia Nathalia berjaya mengeluarkan album pada tahun 1996 berjudul Selamat Tinggal Kekasih yang memuatkan 9 buah lagu.

Lia Nathalia layak digelar sebagai pengganti Nike Ardilla seandainya dia mampu bertahan dan melawan selera pasaran dengan membawakan lagu lagu slow rock. Akan tetapi perkara itu tidak bertahan lama.

Pada tahun 1998, Lia kembali mengeluarkan album keduanya yang berjudul Hanya Ada Satu Cinta. Dalam album ini, masih mendapat permintaan dan mungkin jualannya laku kerana masih berada di bawah bayang-bayang Nike Ardilla.

Kemudian diikuti pada tahun 1999 album ke tiga berjudul Permata hati, album duet bersama Deddy Dores.

Selepas itu, nama Lia Nathalia semakin menghilang seiring perjalanan waktu dan Lia masih tetap dikenali dalam kalangan peminat Nike Ardilla, sehingga 2007 dia kembali mengeluarkan album How Much I love You.

Lia Nathalia cuba menembusi pasaran, namun namanya yang sudah terInjur tenggelam membuatkan albumnya tidak dikenali walaupun di kalangan peminat Nike Ardilla sendiri.

Namun, walaupun namanya tidak sepopular dahulu, Lia Nathalia tetap diterima di kalangan peminat Nike Ardilla.

Sumber:hmetro dan wikipedia

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.