Connect with us

#news

Noor Hisham terpilih sertai saintis dunia lakukan kajian perangi COVID-19

terpilih sertai saintis dunia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah dipilih untuk menyertai sekumpulan saintis dunia membuat kajian memerangi pandemik COVID-19.

Noor Hisham merupakan salah seorang penandatangan & ahli Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19 tersebut.

Dlm 1 kenyataan, N0or Hisham menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbangga kerana dapat menyertai gabungan yang sedang berusaha untuk mencari penyelesaian dan akan memberi manfaat kepada semua orang.

“Wabak C0VID-19 memberi kesan kepada kita satu dunia, jadi jika kita menemui atau dapat membangunkan penyelesaian, ia akan tersedia untuk semua pihak melalui kerjasama ini.

“Gabungan ini menggalakkan lebih banyak kolaborasi global & mendorong keupayaan kami untuk mencari penyelesaian & menguatkan keupayaan saintifik kami untuk memerangi wabak ini,” katanya.

Selain para saintis, gabungan ini terdiri daripada pakar perubatan, penderma & pembuat dasar daripada 70 institusi yang diwakili dari lebih 30 buah negara.

Penandatangan lain termasuk Profesor Universiti Kesihatan & Sosial Sosial Kolokotrones di Sekolah Perubatan Harvard, Paul Farmer; Ketua Pengarah Institut Pasteur di Perancis, Stewart Cole; & saintis kanan di University of Oxford, Philippe J Guerin.

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya