Tak Kekok Dan Geli. Lelaki Ini Selamba ‘Berkawan’ Dengan Cicak Siap Main Tarik Getah. ‘Rare’ Betul

Tentu ramai di antara kita yang cukup geli dengan cicak memandangkan haiwan tersebut hidupnya melata, kulitnya berbintik-bintik macam terkena penyakit kusta malah ianya adalah makhluk perosak. Kewujudannya dalam rumah pasti akan buat kita rasa tidak senang duduk. Tetapi, berbeza dengan lelaki yang berasal dari Singapura ini. Beliau terbuka hati untuk berkawan baik, membela malah bermain dengan seekor cicak tak ubah macam haiwan peliharaan.

Lelaki Singapura tersebut yang dikenali sebagai Sin Han, telah memilih Facebook untuk berkongsikan kisah menarik itu dan siapa sangka ianya tular sehingga mendapat hampir 600 perkongsian. Kebiasaanya cicak akan meneluarkan bunyi dan melarikan diri apabila merasakan ada manusia berdekatan mereka. Tetapi berbeza dengan perkongsian Sin ini, dimana beliau dilihat selamba bermain dengan cicak Gecko yang wujud di dalam rumahnya. Lebih menakjubkan bilamana reaksi haiwan tersebut seperti tidak terancam bahkan membiarkan saja Sin bermain menyentuh hidungnya.

Tidak kekok dan geli dengan makhluk perosak itu, Sin malah menghulurkan tangannya dan cicak itu bagaikan haiwan peliharaan naik ke atas tangannya tanpa rasa terancam. Menurut Sin, cicak tersebut tinggal di dalam rumahnya dan akan muncul setiap kali lampu bilik dihidupkan

Permainan tarik tali

Apa yang lebih menarik apabila cicak itu sering menggigit gelang getah di mulutnya. Sin menyangka cicak itu mungkin lapar atau hanya mahu bermain dengan gelang getah tersebut. Sin kemudiannya mengadakan permainan tarik tali dengan cicak berkenaan dan selalunya menang. Pemilik rumah lain di situ juga mengalami kejadian serupa apabila mendapati bahawa gelang getah bertebaran di kawasan sekitar kawasan rumah mereka.

Masih tidak dapat dijelaskan mengapa cicak melakukan aktiviti ini tetapi ada pendapat mengatakan bahawa tekstur gelang getah tersebut menyerupai makanan yang sering dimakan mereka.

Semua haiwan adalah comel dan penyayang

Pengguna-pengguna Facebook yang lain mempunyai reaksi yang berlawanan dengan perkongsian Sin, namun ada yang menganggap bahawa interaksi antara Sin dengan cicak itu sangat comel bahkan dapat membantu mereka mengurangkan rasa takut terhadap haiwan tersebut.

Bukan hanya cicak, namun Sin beranggapan bahawa semua haiwan adalah comel dan penyayang. Dia mengingat kembali kejadian di mana terdapat seekor kelawar terbang ke dalam rumahnya. Dia menjaga kelawar tersebut dan memberi makan.

Ada juga yang kata baik kawan dengan kucing.

@sherzodergashev_Всем хорошего настроения😊Польное видео Youtube канале. Ссылка на профиле ##duet ##with @@cloud9pethotel ##sherzodergashev ##catsoftiktok ##funnycat ##fyp

♬ оригинальный звук – Sherzod Ergashev

Walaupun mempunyai hubungan yang mesra, Sin tidak menganggap cicak sebagai haiwan peliharaan. Sebaliknya, cicak adalah haiwan yang tergolong dalam alam semula jadi dan dia dengan senang hati membiarkan cicak-cicak itu tinggal di bawah bumbung yang sama. Sin turut berharap cicak wujud dengan saiz yang lebih besar.

Sumber : siakapkeli via majalah-harian.com

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.