Tidak Mahu Sia-Siakan Suara Yang Merdu, Aliff Syukri Cadang Keluar Lagu Berjudul ‘Sunyi’

Bertahan dalam mengharungi wabak Covid-19 tentunya bukan sesuatu yang mudah. Selama hampir 2 tahun kita semua dikekang dan dilarang untuk bebas keluar pergi ke mana sahaja untuk memastikan penularan wabak tidak berterusan.

Jadi, perasaan bosan, kesepian dan kemurungan sering kali timbul dan hadir sehingga menjadikan seseorang itu tidak produktif.

Oleh sebab berasa kesunyian kerana tidak dapat keluar pergi kesana-sini dengan selesa, usahawan kosmetik, Dato’ Sri Aliff Syukri telah menyatakan hasratnya untuk merakam lagi lagu seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Tidak Mahu Sia-Siakan Suara Yang Merdu, Aliff Syukri Cadang Keluar Lagu Berjudul ‘Sunyi’

Dalam posting yang dibuat oleh usahawan tersebut, beliau bertanya kepada pengikutnya adakah sesuai andai mahu mengeluarkan lagu bertajuk ‘sunyi’ memandangkan itu merupakan perasaan yang dirasainya ketika ini.

Aliff Syukri juga menyatakan rasa ruginya andai suara merdu kurniaan dari Maha Pencipta yang dianugerahkan kepadanya tidak digunakan.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan Instagram usahawan tersebut.

Ada yang memberikan kata-kata semangat dengan menyuarakan rasa tidak sabar menanti lagu terbaru beliau dan ada juga yang mengakui tidak sanggup mendengar lontaran suara penyanyi lagu Bobo Di mana yang pernah tular sebelum ini kerana berduet dengan Sajat dan Lucinta Luna.

Komen netizen:

Tidak Mahu Sia-Siakan Suara Yang Merdu, Aliff Syukri Cadang Keluar Lagu Berjudul ‘Sunyi’Tidak Mahu Sia-Siakan Suara Yang Merdu, Aliff Syukri Cadang Keluar Lagu Berjudul ‘Sunyi’Tidak Mahu Sia-Siakan Suara Yang Merdu, Aliff Syukri Cadang Keluar Lagu Berjudul ‘Sunyi’Tidak Mahu Sia-Siakan Suara Yang Merdu, Aliff Syukri Cadang Keluar Lagu Berjudul ‘Sunyi’Tidak Mahu Sia-Siakan Suara Yang Merdu, Aliff Syukri Cadang Keluar Lagu Berjudul ‘Sunyi’

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

Check Also

Bapa Terpaksa Jalan Kaki 1 Jam Sambil Kendong Jenazah Anak Bawa Pulang Ke Rumah. Van Jenazah Terkandas Akibat Jalan Rosak Teruk

Berat bebanan yang dipikul. Tatkala orang lain sedang menikmati kesenangan, ada yang masih menanggung derita …

Leave a Reply

Your email address will not be published.