Tak Sanggup Melihat Rakaman Mirip UEL Setelah Ada Yang Membuat Group Di Telegram Sampai Menjangkau 20k ‘Subsciber’

Di laman media sosial, kecoh apabila seorang pengguna laman twitter bernama @ferdaus____ telah berkongsi pautan telegram yang mengungka kisah pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Video-video yang sangat mirip dengan wajah Ebit Lew. Malah video berkenaan tidak ‘censored’ atau ditapis sebelum di muat naik.

Tak Sanggup Nak Tengok

Sehingga penulisan artikel ini ditulis, telegram tersebut telah memuatnaik 5 video berkaitan dengan pendakwah bebas terbabit. Malah beberapa keping tangkap layar perbualan telah dikongsi. Murai MY berpeluang melihat sendiri saluran telegram berkenaan, sememangnya kami sendiri tidak sanggup untuk melihat semua video yang telah dikongsikan.

Sehingga kini, kebanyakkan video yang dimuat naik telah memperoleh lebih daripada 90 ribu tontonan dan telegram tersebut telah dipenuhi dengan 17,700 ribu subscribers.

a
a
a

Kami menasihatkan anda untuk tidak mengikuti saluran telegram berkenaan kerana bimbang anda tidak akan selesa dengan video-video yang ditunjukkan.

Kami juga sangat berharap bahawa video-video itu tidak sahih dan fitnah semata-mata. Tetapi jika ia benar, mangsa gangguan seksual harus mendapat pembelaan dan pelakunya harus dihadapkan ke pengadilan dan di ambil tindakan undang-undang. Kami mendoakan yang baik-baik sahaja lah.

Sumber: Murai.my

Sangka baik dah makin tipis. Sekali PU Syed mohon Ebit Lew buat sesuatu.

a

Susulan daripada pelbagai pendedahan yang dibuat oleh warganet dan juga pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengenai Ustaz Ebit Lew, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil memberi teguran.

Mohon Ebit Tampil Beri Pencerahan

Menerusi laman Instagram nya, PU Syed yang juga pendakwah bebas meminta Ebit untuk tampil memberikan pencerahan sama ada menyangkal dakwaan tersebut atau menyaman mereka yang cuba memfitnahnya. Terdahulu, Firdaus mendedahkan rakaman suara dan juga beberapa tangkap layar perbualan bersama mangsa yang dikatakan milik Ebit. Pendedahan itu dibuat Firdaus menerusi siaran Telegram dan semua bukti telah pun diserahkan kepada pihak polis.

“Pendedahan demi pendedahan ‘yang berani’ telah dibuat terhadap UEL(Ustaz Ebit Lew)..maka ambe(saya) minta UEL agar tampil kehadapan dengan menafikan atau menyaman mereka yg ente(awak) anggap telah memfitnah ente(awak)..walaupun kes ini masih dalam siasatan polis, namun masyarakat khasnya followers ente(awak) perlu diberi pencerahan setuntasnya.isu “panas” yang sedang terpalit ini.

“Namun janganlah memahami kaedah ini dgn menyatakan hanya dengan bersumpah selesai..sebab sebagai orang yang beriman, jika kita lolos seperti sajat ke Thailand dengan berselidung disebalik sumpah di dunia..di akhirat belum tentu kita akan semudah di dunia untuk mendpatkan kabel di akhirat sana” ujar Syed

PU Syed Mahu Kes Diadili Sebaik-Baiknya

Dalam pada itu, Syed akui sifat bersangka baiknya terhadap Ebit semakin menurun berikutan mendapat tahu mangsa mula membuat laporan polis. Meskipun menerima beberapa buah video yang dikatakan sebagai bukti, namun Syed bertindak untuk terus memadamnya selain mengharapkan isu tersebut dapat diadili dengan sebaik-baiknya.

“Ada beberapa video yg ambe(saya) dapat..dari hamba Allah namun ambe(saya) terus padamnya serta memadam no orang menyalurkan video tersebut kerana masih bersangka baik bahawa ianya adalah “penipuan”..

“Namun bila ramai para asatizah(ustaz dan ustazah) muncul mendakwa perkara yang serupa dan disokong dengan laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh “mangsa”, maka sangka baik ambe(saya) semakin mengendur dan ambe(saya) berharap isu ini dapat diadili dengan sebaiknya serta membongkar kisah sebenarnya..

“Biarlah kita diadili di dunia, jangan nanti di akhirat kita akan merana.

Pintu dan ruang taubat masih terbuka luas buat kita semua..namun kemaksiatan dan kebiadaban perlu dibanteras agar tidak menular dalam kalangan masyarakat, apatah lagi jika muncul dari orang yang dihormati oleh masyarakat.

Setiap kebaikan pasti akan dikenang, namun janganlah menggunakan kebaikan utk menutupi kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Taasub pengikut juga adalah satu barah, taasub kepada kebaikan suatu yg dipuji syarak tetapi jika taasub secara melulu sehingga tidak nampak langsung buruk yg sedang ditampal adalah suatu yang mendukacitakan” pesan Syed lagi

Dalam perkembangan berkaitan, polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes membabitkan Ebit selepas polis mengambil keterangan mangsa yang membuat laporan.

Check Also

“Memori hampir hilang ketika terlantar, saya ditatang bagai bayi yang masih kecil” Dijaga 15 Tahun Oleh Edika Yusof, Ini Luahan Isteri

adalah seorang seorang pelakon yang masih menghiasi kaca televisyen dan popular diminati ramai hingga kini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.