Connect with us

#pop

“Of course lah saya carik lelaki berduit..” – Atikah Suhaimie kongsi pengalaman dengan wanita diluar sana

Published

on

Berdepan episod memilukan dimana putus tunang tahun lalu, kini Atikah Suhaime telah pun bertemu kebahagiaan apabila sedang hangat bercinta dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.

Namun, perkongsian Atikah di akaun Twitternya menarik perhatian ramai apabila pelakon itu berkongsi pengalamannya pernah berjumpa dan bercinta dengan lelaki yang hanya ingin menumpang kesenangannya.

Melalui kenyataannya itu, Atikah mengatakan bekas kekasihnya dahulu pernah meminjam komputer riba MacBook miliknya tetapi mengembalikannya dalam keadaan yang teruk.

Lebih mengejutkan, Atikah meluahkan lelaki tersebut juga turut mengambil wangnya tetapi tidak membayar semula. Bahkan bekas kekasih yang lain juga pernah menjadi mangsa lelaki berkenaan.

Pernah menghadapi pengalaman traumatik seperti itu, Atikah juga meninggalkan pesan kepada wanita di luar sana bahawa lebih baik kekal bujang daripada mempunyai teman lelaki yang tidak berusaha untuk mencari duit sendiri.

Malah, Atikah mengakui bahawa dia mencari lelaki yang berduit selepas melalui pengalaman traumatik dengan lelaki ‘biawak hidup’.

Atikah turut menyatakan rasa sedih bila terkenang semula apa yang terjadi kerana dia bekerja bagai nak gila tetapi akaun bank kosong sehingga tidak dapat memberi wang kepada ibu bapanya semata-mata mahu menampung bekas kekasihnya.

Lagi menyakitkan hati apabila bekas kekasihnya mengatakan bahawa Atikah sepatutnya rasa terhutang budi dengan kebaikannya.

Apa pun diharap Atikah lebih bahagia dengan kehidupan sekarang dan semoga dipermudahkan untuk ke fasa seterusnya dengan kekasih yang dicintai.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending