Semoga Hari jumaat yg mulia ini terjentiklah hatinya mendapat hidayah Allah, Aamiin…..

Terpaku sekejap admin menatap foto ini, tentu sekali anda semua kenal dengan siapa yang sedang membelek naskah ‘Syamail Muhammadiah’ tu kan… Sebuah buku yang mengisahkan peribadi Rasulullah .

Buku berkenaan yang bertajuk ‘Imam al Tirmidhi’s Al-Shama’il al Muhamaddiya’ mengandungi kompilasi 415 hadis berkenaan kehidupan, penampilan dan akhlak Nabi Muhammad SAW.

(Hadis ialah catatan mengenai tradisi atau ucapan Nabi Muhammad yang dipuji dan diterima sebagai sumber utama hukum agama dan panduan moral, kedua setelah al-Quran).

Tentu sekali ada sesuatu yang mendorong beliau berbuat demikian kan… Allahu Robbi, admin fikir hati kita masing2 terlintas perkara yang sama kan? Tiada sesuatu yang mustahil jika Allah berkehendak, moga hatinya dijentik hidayah Allah. Doakan teman2…

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, Tony memaklumkan dirinya menghabiskan masa yang ada dengan membaca sebuah buku keagamaan.

“Meluangkan sebahagian masa terluang yang ada untuk memahami saudara dan saudari saya dan agamanya. Masa untuk kita semua memahami, belajar dan bertoleransi.

“Sebuah buku yang menakjubkan. Gunakan masa anda untuk memperbaiki diri dan belajar lebih banyak lagi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Apa yang menariknya, grafik kulit muka depan buku berkenaan yang memaparkan kaligrafi jawi itu mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

PU Amin menulis…

Tony Fernandes sedang membaca dan memahami terjemahan buku ‘Syamail Muhammadiah’ . Buku hadis yang menceritakan tentang akhlak dan cantik nya penciptaan Baginda Rasulullah . Semoga Allah membuka ruang padanya untuk berkenalan dengan Rasulullah Nabi Muhammad .

Semoga kita semua dapat belajar dari foto ini. Mengenal dan mencintai Rasulullah adalah pengalaman yang cukup indah. Ya Rasulullah Akhlak Mu cukup indah .

Ramai netizen meluahkan rasa terkejut melihat bacaan pilihan pengasas AirAsia itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika ini meskipun seorang Katolik, Fernandes mempercayai ini adalah masa yang tepat untuk dihabiskan dalam mengenali “saudara dan saudari ku dan agama mereka”.

Ramai yang memuji sikap terbuka Fernandes dan usaha beliau dalam mempelajari agama lain, seperti komen pengguna

“semoga hati mu diberi Taufiq dan Hidayah oleh ALLAH s.w.t Tuhan yang maha esa dan maha berkuasa mencipta manusia dan seluruh yang ada di dunia ini.. Ameen ya Allah”

“MashaaALLAH you’re reading Syamail Muhammadiyyah.. it’s Nabi Muhammad Sollallahu ‘alaihi wasallam’s autobiographies.. we are all ummat Nabi Muhammad Sollallahu ‘alaihi wasallam.. ALLAHumma solli ‘ala sayyidina Muhammad”

“Siapa yang cari maka dia akan berjumpa. Bila dah jumpa, cepat-cepat ambil.”

“Terima kasih kerana mempelajari tentang kami, jadi kami juga akan mengenali orang lain pula. Inilah keindahan menjadi rakyat Malaysia.”

Kredit; PU Amin & Muhammad Shafiq Bin Abas via islamikmedia & Kalamindah via coretannasihat.net

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.