Setelah Ramai Mendesak Untuk Dapatkan ‘One Off ‘ RM1OK, KWSP Tampil Jelaskan Mengapa Pihak Mereka Susah Nak Bagi

Kemudahan pengeluaran yang bersifat luar biasa seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra akibat dari pandemik C0VlD-I9 telah mengakibatkan sejumlah RM1O1 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada lebih 7.4 juta ahli.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan menyatakan, walaupun kemudahan tersebut telah memberikan bantuan dam kelegaan kepada ahli terbabit, namun ianya telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli kini mempunyai simpanan kurang daripada RM1O,OOO dalam akaun mereka.

6.1 juta ahli KWSP mempunyai baki simpanan kurang RM1O,OOO, majoriti ahli Bumiputera
6.1 juta ahli KWSP mempunyai baki simpanan kurang RM1O,OOO, majoriti ahli Bumiputera

“Daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,OOO, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.

“Ia meskipun pengeluaran tersebut telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kejatuhan dalam jumlah simpanan ini ternyata lebih merisaukan untuk ahli bumiputera, memandangkan seramai 78 peratus, atau lebih tiga perempat telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut.

“Akibatnya, seramai 4.4 juta, atau 54 peratus, ahli bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM1O,OOO, dan 2.0 juta, atau 25 peratus, mempunyai kurang daripada RM1,OOO,” jelas kenyataan tersebut pada Ahad.

Justeru itu, KWSP kini memberi tumpuan dalam membantu ahli membina semula simpanan mereka untuk masa depan persaraan mereka.

“Berikutan keperluan untuk melindungi masa depan ahli dan membina semula dana persaraan mereka, sebarang pengeluaran luar biasa tambahan pada masa hadapan perlu dipertimbangkan dengan teliti.

“KWSP berharap langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi dan merangsang pekerjaan akan membantu ke arah memenuhi keperluan rakyat,” tambah kenyataan itu lagi.

Bantuan Kerajaan 

KWSP menyokong langkah-langkah Kerajaan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2022 ke arah menggalakkan pemulihan ekonomi, peningkatan mata pencarian serta memacu peluang pekerjaan, yang memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk membina semula dana persaraan mereka.

Sumbangan daripada Kerajaan sebanyak 15 peratus sehingga jumlah maksimum RM250 untuk setiap ahli secara tahunan untuk i-Saraan, akan diperluaskan kepada individu yang berumur antara 55 hingga 60 tahun.

i-Saraan merupakan program caruman sukarela dengan insentif kepada individu yang bekerja sendiri dan pekerja sektor tidak formal bagi membuat simpanan persaraan. Sehingga kini, seramai 356,791 orang ahli KWSP telah berdaftar di bawah program berkenaan.

Di samping itu, Kerajaan juga melanjutkan kadar minimum caruman berkanun syer pekerja pada kadar sembilan (9) peratus untuk enam bulan tambahan mengambil kira cabaran ekonomi semasa yang dihadapi oleh ahli.

Pelanjutan kadar tersebut bermula daripada gaji bulan Januari 2022 (caruman bulan Februari 2022) hingga gaji bulan Jun 2022 (caruman bulan Julai 2022) dan ahli boleh memilih keluar (opt out) sekiranya tidak mahu mengekalkan kadar ini. Selepas tempoh itu, kadar minimum caruman berkanun syer pekerja akan kembali pada 11 peratus.

Sementara itu, Caruman Sukarela Insentif Suri atau i-Suri yang membolehkan suri rumah dan balu untuk menabung dengan KWSP akan disepadukan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan dijenamakan semula sebagai ‘Kasih Suri Keluarga Malaysia’.

Inisiatif ini memberi peluang kepada suri rumah dan balu yang berdaftar di bawah sistem eKasih untuk mendapat akses kepada keselamatan sosial. eKasih ialah sistem pangkalan data bersepadu peringkat kebangsaan untuk isi rumah miskin yang membantu dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program pembasmian kemiskinan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, “Memandangkan liputan KWSP merangkumi hampir separuh daripada penduduk Malaysia, KWSP akan terus bekerjasama dengan Kerajaan dan agensi berkaitan ke arah mencapai kesejahteraan sosial untuk ahli, serta rakyat Malaysia amnya, melalui pendekatan yang telus, inklusif dan selaras dengan semangat ‘Keluarga Malaysia’.”

Sumber: KWSP via Astro Awani

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

One comment

  1. Duit kwsp duit tirik peluh kami .. belum tentu umur kami dpt capai umur persaraan .. bagi kami kesempatan utk merasa duit sendiri selagi masih ada hayat

Leave a Reply

Your email address will not be published.