Connect with us

#pop

“Pada awalnya, saya hanya mencuba sekadar suka-suka..” – Che Harun Ali

Hasil dari keunikan dan kekreatifan, ‘pintu rezeki’ dibuka luas. Itulah yang dilakukan oleh seorang pengusaha roti canai yang berasal dari Kelantan. Disebabkan oleh keunikannya itu, beliau menebar roti canai yang berbentuk seperti seekor ular. Atas kekreatifan yang dilakukan itu, perniagaannya mendapat sambutan orang ramai.

Pelanggan-pelanggan yang datang ke kedainya menunjukkan pelbagai reaksi yang berbeza. Ada yang gerun, teruja, malah geli. Bertempatkan di Kampung Kvbur Kuda, Kota Bharu, gerai itu menjadi tular sejak minggu lalu.

Pengusaha tersebut, Che Harun Ali yang berumur 46 tahun berkata bahawa idea untuk menebar roti canai ular hanya sekadar suka-suka, sebelum meletakkan ke dalam menu semenjak tahun lepas.

“Pada awalnya, saya hanya mencuba sekadar suka-suka untuk dimakan sendiri, namun tidak menyangka ketika itu ia dilihat seorang pelanggan dan terus meminta untuk membuat kepadanya juga.”

“Daripada situ saya terdet1k untuk menjadikan roti canai berbentuk uIar ini sebagai menu pilihan pelanggan di kedai, dan sehingga ke hari ini ia semakin mendapat permintaan ramai dalam kalangan pelanggan,” kata pengusaha itu ketika ditemui pemberita di gerai roti canai, hari ini.

“Sejak seminggu lalu, ada pelanggan yang mengambil gambar dan video cara saya menghasilkan roti canai ular ini dan bermula dari itulah ia mulai tular menyebabkan gerai kecil saya ini dikunjungi pelanggan bertali arus.”

“Sambutannya agak menggalakkan namun disebabkan lokasi gerai adalah sedikit ke dalam (kampung) menyebabkan orang ramai tidak terlalu mengetahui menu yang saya hasilkan sekian lama ini,” katanya sambil memberitahu hampir 10 kilogram adunan disediakan setiap hari untuk pembuatan roti canai.

Che Harun Ali mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam perniagaannya ini. Beliau berkata bahawa roti canai ular digerainya datang dengan pelbagai perisa. Antaranya, roti canai perisa milo, nestum, keju, planta dan susu. Jadi pelanggan mempuyai pilihan yang banyak. Harga yang dijual juga agak berpatutan sekitar dari RM1.20 ke RM3.

“Selain roti canai uIar, pelanggan turut mempunyai pilihan lain antaranya roti hamlet, roti tisu, roti pisang dan saya akan menyediakan hampir 10 kilogram adunan roti canai setiap hari, untuk memenuhi permintaan peIanggan.”

“Malah, tidak din4fikan ada di antara pelanggan yang merasa geIi dan gervn untuk memakan roti canai berbentuk ular ini, namun mereka masih tetap mempunyai pilihan lain.”

Katanya juga, “Ada juga di antara mereka yang gervn namun tetap ingin mencuba kerana merasakan ia unik dan tidak pernah ditemukan di tempat lain,” sambil dibantu oleh isteri Nor Azlina Husin. Kedainya beroperasi pada setiap hari, dari 8 pagi hingga 11 malam.

Sementara itu, Afdalila Abas (pelanggan) berusia 34 tahun dari Kubang Kerian, Kelantan mengatakan bahawa beliau sekeluarga berniat untuk mencuba roti canai ular selepas videonya tular di seluruh platform sosial alamaya. Selain itu, dia juga mengatakan bahawa ia adalah satu idea yang kreatif.

“Pada awalnya ada perasaan gervn untuk memakan roti canai berbentuk uIar ini, namun selepas mencuba menikmati roti canai uIar ini, perasaan itu terus hiIang kerana ia sangat sedap dan rangup,” katanya.

Roti canai yang diuli Che Harun Ali telah menarik perhatian orang ramai.

Terdahulu, roti canai uIar yang dihasilkan oleh Che Harun tular di laman media sosial serta aplikasi WhatsApp, dan mendapat perkongsian ramai.

Orang-orang di Kelantan, apa lagi? Moh ler kito sergoh warung pokcik ni!! Luar biasa baik!!

Sumber: Hmetro

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya