Connect with us

#news

Pada mereka yang rumah meriah dan banyak kereta time Raya nanti, polis jengah ‘tanya khabar’

Published

on

Sejak semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan kenyataan bahawa PDRM dan ATM akan melakukan pemeriksaan ke atas mereka yang didapati rentas negeri pulang berhari raya.

Pihak berkuasa juga akan melakukan pengawasan dari rumah ke rumah memastikan mereka yang ‘terlepas’ balik berhari raya akan dikenakan tindakan setimpal.

Polis datang bila rumah meriah

Menerusi Bernama, pihak berkuasa akan datang ke rumah-rumah yang kelihatan meriah serta mempunyai banyak kenderaan semasa hari raya nanti untuk memantau kehadiran tetamu.

Ini kerana pihak kerajaan tidak menggalakkan mana-mana aktiviti perkumpulan saudara-mara melebihi 20 orang jika kediaman tersebut bersaiz kecil.

Polis, ATM buat rondaan pada hari perayaan

PKPB: PDRM dan ATM akan buat pemeriksaan rumah ke rumah semasa Hari Raya – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri

Gepostet von Bernama TV am Dienstag, 19. Mai 2020

Dikenakan kompaun

Menurut sumber lagi, pihak polis akan mengenakan kompaun ke atas individu yang cuba melakukan pergerakan rentas negeri pulang menyambut Aidilfitri.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, kompaun ini dikenakan kerana tindakan segelintir individu melakukan perjalanan rentas negeri tanpa alasan munasabah mengganggu pergerakan petugas barisan hadapan yang kini berusaha mengekang penularan Covid-19.

Pada mereka yang rumah meriah dan banyak kereta time Raya nanti, polis jengah ‘tanya khabar’

Elakkan ziarah perkuburan juga

Di samping itu, Menteri Keselamatan turut menyatakan buat masa ini, KKM hanya menasihati orang ramai agar tidak menziarahi kubur seperti kelaziman dibuat menjelang syawal bagi mengawal penularan wabak Covid-19 dalam komuniti.

Pada mereka yang rumah meriah dan banyak kereta time Raya nanti, polis jengah ‘tanya khabar’

Langkah-langkah ini merupakan antara perkara yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia untuk mencegah penularan wabak ini.

Kepatuhan rakyat Malaysia dalam mematuhi SOP ditetapkan bukan sahaja mampu membendung tersebarnya Covid-19 malahan dapat mengurangkan kadar peratusan kes semasa sedia ada.

Sumber: Bernama

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Shares