Kelar leher sendiri, hanya kerana susah tidur dan banyak fikir.

Port Dickson: Akibat menghadapi masalah tidur dan terlalu banyak berfikir, seorang lelaki berusia 36 tahun ᴄᴇᴅᴇʀᴀ ᴘᴀʀᴀʜ selepas mengelar lehernya sendiri dengan sebilah pisau.

Ketua ᴘᴏʟɪs Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki yang tinggal di Bandar Sunggala itu dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ lanjut berikutan kejadian tersebut.

“ᴘɪʜᴀᴋ ᴘᴏʟɪs menerima panggilan semalam sekitar jam 9.20 pagi memaklumkan seorang lelaki mengelar lehernya.

“ᴍᴀɴɢsᴀ berusia 36 tahun yang juga seorang peniaga restoran di Teluk Kemang, Port Dickson sudah berkahwin dan mempunyai empat anak,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, insiden berkenaan berlaku di tandas bilik tidur utama ketika isteri ᴍᴀɴɢsᴀ sedang tidur lena.

“Isteri ᴍᴀɴɢsᴀ terdengar jeritan ᴍᴀɴɢsᴀ di dalam tandas dan terkejut apabila melihat ᴍᴀɴɢsᴀ dalam keadaan berlumuran darah sambil memegang leher.

“Senjata pisau yang digunakan oleh ᴍᴀɴɢsᴀ dipercayai diambil dari dapur rumah ᴍᴀɴɢsᴀ sendiri,” katanya.

Aidi Sham berkata, beliau percaya, tindakan ᴍᴀɴɢsᴀ dipercayai akibat dari perbuatan ᴍᴀɴɢsᴀ sendiri.

“ᴍᴀɴɢsᴀ mengalami ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ teruk di leher (urat putus) sebelum dipindahkan ke Zon Merah ʜᴏsᴘɪᴛᴀʟ Tuanku Jaafar, Seremban untuk ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ lanjut.

“Berdasarkan maklumat diperolehi dari pegawai perubatan, ᴍᴀɴɢsᴀ sebelum ini pernah mendapatkan ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ di ᴋʟɪɴɪᴋ ᴋᴇsɪʜᴀᴛᴀɴ Port Dickson kerana mengalami masalah tidak boleh tidur malam kerana mengalami masalah ‘anxiety’,” katanya.

Tambahnya lagi, menurut isteri ᴍᴀɴɢsᴀ, sebelum kejadian itu, suaminya sering menghadapi masalah tidur dan terlalu banyak berfikir serta memaklumkan lelaki itu tiada sebarang masalah kewangan atau peribadi.

“Keadaan ᴍᴀɴɢsᴀ kini stabil selepas menjalani pembedahan di HTJ Seremban dan sudahpun dipindahkan ke wad untuk pemantauan.

“Walaubagaimana pun, ᴍᴀɴɢsᴀ akan dirujuk dengan pakar psikiatrik untuk ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ lanjut selepas dibenarkan keluar dari HTJ,” katanya.

sɪᴀsᴀᴛᴀɴ ᴘᴏʟɪs mendapati punca kejadian bukan disebabkan faktor kewangan.

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.