Cacat Penglihatan dan Bertongkat, Warga emas jalan 35 km untuk dapatkan vaksin

Dimana silapnya, dimana anaknya, dimana bantuan. Kenapa tiada siapa walaupun ketika dalam perjalanan yang ambil kisah dengan seorang warga emas ini. Itulah yang bermain di fikiran apabila pertama kali membaca tentang kisah ini.

35 kilometer bukanlah satu jarak yang dekat walau untuk seorang anak muda. Inikan pula seorang warga emas.

Terkini, seorang warga emas cacat penglihatan dikatakan sanggup berjalan sejauh 35 kilometer hanya untuk mendapatkan suntikan vaksin ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Hanya dengan sebatang tongkat

Warga emas tersebut yang dikenali sebagai Shaikh Ramly Sheikh Ahmad, 78, mengambil keputusan untuk berjalan seorang diri membawa beg. Beliau gigih berjalan dengan hanya menggunakan sebatang tongkat berangkat dari Kampung Kertau, Maran hingga ke Klinik Desa Kuala Wau.

Beliau berkata, seorang individu datang ke rumahnya untuk memberi bantuan makanan telah memaklumkan tentang program suntikan vaksin. Beliau ketika itu yang masih belum mendaftar program tersebut berasa perlu melakukan sesuatu memandangkan beliau tiada kemudahan teknologi dan ada masalah penglihatan.

Jam 6 pagi dah keluar rumah

“Saya keluar rumah seawal jam 6 pagi kerana perlu berjalan untuk ke klinik berkenaan yang terletak agak jauh dari rumah.

“Saya memang harap dapat suntikan hari ini kerana saya tidak pernah mendaftar vaksinasi disebabkan tiada kemudahan teknologi, selain masalah penglihatan,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, tindakan nekad Shaikh Ramly yang berjalan seorang diri itu mendapat perhatian jurugambar, Farizul Hafiz Awang yang dalam perjalanan untuk membuat liputan program berkenaan.

Farizul menumpangkan warga emas itu yang hendak ke lokasi sama.

Setibanya di klinik berkenaan, Shaikh Ramly dibantu anggota polis membuat pendaftaran di kaunter seterusnya mendapat suntikan vaksinasi.

Anggota polis membawa warga emas yang juga OKU untuk ke Pusat Vaksinasi sempena program Mobilisasi Vaksin Komuniti di Klinik Desa Kuala Wau.

Program vaksinasi itu dilaksanakan atas insiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), yang menyediakan tiga bas untuk kegunaan penduduk setempat bagi menjayakan Program Imunisasi ᴄᴏᴠɪᴅ-19 Kebangsaan (PICK).

Sumber: bharian oleh Raja Noraina Raja

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.