Connect with us

#news

‘Klu Stakat Nk Sman RM10 Ribu, RM10 Juta! Aku Boleh Bayar’ – Lelaki Pakai BMW SeIamba M4ki Anggota JPJ,

Kelmarin, sewaktu pemeriksaan kenderaan yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu, terdapat seorang lelaki bersifat biadap dengan mem4ki hamun dan menolak anggota yang bertugas.

Kejadian berlaku sekitar jam 5:55 petang dimana mangsa dan beberapa rakan sedang bertugas melakukan sekatan jalan raya di tempat berkenaan. Dalam operasi tersebut, Pihak JPJ telah menahan sebuah kereta BMW yang didapati cermin kereta gelap dan gagal melekatkan cukai jalan.

Sumber mengatakan bahawa seorang individu lelaki dipercayai pemandu kereta BMW tersebut telah berhentikan kenderaan sebelum dijelaskan tentang kesalahan dilakukan. Sewaktu anggota memberi penjelasan, penumpang kereta tersebut bertindak keluar dari kenderaan dan mem4ki hamun anggota itu dengan kata-kata kes4t.

“Ketika itu, suspek ada mengeluarkan kata-kata seperti ‘tulis lah cepat sikit, saya banyak kerja lagi. Kalau setakat hendak saman RM10,000, RM10 juta aku boleh bayar’ kepada anggota terbabit.

”Malah, beberapa minit kemudian, suspek dikatakan menghubungi seseorang disyaki kenalannya untuk mengadu mengenai kejadian itu, selain bertindak menolak mngsa sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugvtan,” katanya.

Sumber menambah, apabila keadaan menjadi semakin teruk, pegawai lain yang bertugas cuba tenangkan kedua belah pihak dengan memberi penjelasan berkaitan tindakan yang akan diambil pihaknya.

Walau bagaimanapun, ia tidak diendahkan suspek dan terus bergelut dengan cuba menolak anggota bertugas tetapi sempat dihalang oleh pemandu berkenaan.

Anggota itu mengatakan, suspek mengajak pemandu bergegas pergi tanpa mengambil surat saman yang dikeluarkan.

”Susulan kejadian itu, pegawai JPJ yang bertugas membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan anggotanya selain ingin menjaga maruah jabatan JPJ,” katanya.

Dalam pada itu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. Beliau berkata, kes ini akan disiasat Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Reaksi warganet

Meninjau ke bahagian komen, kebanyakan netizen berang dan mengec4m tindakan penumpang tersebut yang dilabel tidak menghormati anggota berkuasa yang menjalankan tugas.

Beberapa pihak juga berkesempatan mempersoalkan bagaimana pemandu tersebut boleh dilepaskan begitu sahaja walhal sudah terang lagi bersuluh mereka melakukan kesalahan dengan gagal mempamer cukai jalan dan cermin gelap.

”Yang ni lawak 10 juta ek, drama tv3 boleh la cakap projek juta-juta tapi realiti nak bayar duit tol pun berkira minyak petrol naik sen pun dah bising lagi mau sembang” tulis Sam.

”Tak pamerkan roadtax dan cermin gelap..lepas mcm tu je? Kalau kereta curi, bawa dad4h macam mana? Kena tegas le sikit JPJ dalam hal sedemikian..tiada roadtax, tahan dan sita dulu sampai bawa roadtax..” tulis Anep

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya