Connect with us

#news

Pakaian Pramugari Muslim Mengikut Syariah Dicadangkan Sangat Berpatutan. Ini Sebabnya

Umum sedia maklum syarikat penerbangan yang sudah beroperasi sekian lamanya sentiasa mengutamakan penumpang terutamanya dari aspek keselamatan, keselesaan dan servis yang baik.

Untuk menarik lebih ramai penumpang, salah satu cara dengan mengenakan pelbagai jenis corak uniform untuk pramugari dan pramugara.

Baru-baru ini kecoh sedikit di media sosial mengenai cadangan pakaian pramugari muslim mengikut syariah.

Memandangkan Islam adalah agama rasmi negara Malaysia, adalah berpatutan cadangan yang diketengahkan oleh Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff itu.

Akan tetapi, cadangan yang diketengahkan itu akan dipertimbangkan dengan lebih teliti bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurut sumber, cadangan itu difahamkan hanya untuk pramugari beragama Islam sahaja.

Manakala untuk bukan beragama Islam hanya perlu mengenakan uniform yang sopan.

Memandang dari perspektif yang umum, hal ini sangat sesuai dengan status Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan kemajmukan masyarakat yang berbagai kaum.

Tambahan, isu ini bukanlah perkara baru. Syarikat penerbangan dari Arab Saudi, Iran dan Brunei sudah mengimplikasi kaedah ini.

Selain memenuhi tuntutan Islam dengan menutup aurat, ia juga dapat mengelak pramugari daripada gangguan seksual tak kira rakan sekerja atau penumpang.

Kini, kebanyakan syarikat penerbangan di Malaysia mengenakan uniform yang seksi dan menjolok mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya