#pop
Pakcik Guna Sisa Kudrat Jual Lepat Pisang, Perlukan Wang RM3k Untuk Pembedahan Mata

Dengan keadaan ekonomi Malaysia yang membimbangkan, ada antara kita terpaksa bergelumang dalam kesusahan demi meneruskan hidup. Tiada istilah penat, selagi terdaya, selagi ada kudrat, selagi itu mereka akan terus bekerja demi kelansungan hidup.
Diambil dari perkongsian seorang gadis, Nuriylia Malek di Twitter mengenai kegigihan seorang warga emas yang ditemuinya sedang menjual di tepi jalan di Jitra, baru-baru ini.
Hanya berbekalkan kudrat yang masih tersisa, warga emas lebih separuh abad itu dilihat masih gigih berdiri menanti pelanggan yang datang membeli kuih jualannya, lepat pisang, pulut udang dan tepung bungkus.
Ketika ditanya, Nuriylia berkata, pak cik tersebut sedang berusaha mengumpul wang demi melunaskan satu hajatnya selama ini belum tertunai iaitu untuk melakukan pembedahan mata supaya penglihatannya kembali jelas setelah terjejas akibat dari masalah kencing manis.
Tambah Nuriylia, jumlah pembedahan itu menelan belanja sebanyak RM3 ribu ringgit namun warga emas itu hanya mampu mengumpul ratusan ringgit hasil dari jualan kuih yang tidak seberapa itu.
Bukan tak nak buat sendiri lepat pisang, tapi beli dekat Pak Cik ni macam best jugak😄
📍Jitra, tepi hospital Jitra. pic.twitter.com/3RRNWDFIYm
— Nuriyliamalek 🇲🇾 (@nuriyliamalek) October 23, 2020
Nak buat pembedahan mata..
Kebanyakan warganet yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan rasa simpati dan kagum akan kegigihan warga emas itu mencari rezeki. Pakcik tersebut memilih jalan untuk bersabar dan tidak meminta-minta.
Malah, kesedapan kuih-muih yang dijual beliau turut diakui ramai warganet. Kami mendoakan semoga hajat Pak Cik tertunai dan semua urusan dipermudahkan. Amin.
Dah pernah beli, sedap sangat
Sumber: Twitter @nuriyliamalek
-
#pop6 bulan ago
Terjebak Dengan ‘Avatar’ Di Facebook? Akak Ini Jelaskan Boleh Jatuh Akidah!
-
#news11 bulan ago
Peraturan ‘1 kereta 1 orang ‘ berkuat kuasa 1 April ini
-
#pop6 bulan ago
Baru reda isu restoren 35, Influencer ini buat hal lagi bila buat “live” tapi guna kata kata kesat dan memalukan orang lain
-
#celeb11 bulan ago
“Bila lelaki penuh rasa cinta. Matanya hanya memandang pada yang dicintanya..” -Netizen