“Maaf Pakcik, Saya Bukan Muslim”. Jawab Nurse. Tiba-Tiba Pakcik Nie Tepuk Tangan Aku, Pukul 1 Pagi Tanya Aku Tentang..

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

“Nurse, kiblat arah mana?”

“Maaf pakcik, saya bukan Muslim”

Perbualan itu menarik telinga aku. Automatik nurse, pakcik tua tu dan keluarga pakcik tu pandang aku.

Memang lah diorang pandang aku dah aku duduk kat kerusi paling dekat dengan katil pakcik tu malah siap pakai kopiah dengan baju melayu. Mestilah aku kena bagi jawapan kan.

“Err kejap saya check kan”. Then cepat-cepat install Apps untuk kiblat.. Semua mata dah memandang.

“Maaf ye lambat sikit, saya solat kat tingkat atas tadi, tu yang saya tak pasti kiblat kat sini”

“Ooooo patutlah”.

Aku ingat dia nak solat atas katil, rupanya dia nak solat atas lantai, aku offer dia kerusi aku untuk dia solat duduk, dia kata;

“Tak apa, saya mampu berdiri”

Selesai witir yang agak panjang bagi aku termasuk dengan bacaan selepas solat dia berbaring kat katil.

“Kamu tahu, Nabi tidak akan tidur pada malam hari melainkan setelah membaca As Sajadah, Tabaroka (Mulk), Rahman dan Yaasin”.

Dalam hati aku bebel, betul ke? Ada dalil ke? Memandai je kot?

Terasa nak bahas tapi mengenang jam masuk pukul 1 pagi dan pakcik ini sendiri sangat uzur maka aku diamkan. Cuma aku kagum dan terkejut rupanya dia baca (melalui hafalan) 4 surah nie tadi lepas witir. Sakit-sakit pun rajin lagi.

“Maaf Pakcik, Saya Bukan Muslim”. Jawab Nurse. Tiba-Tiba Pakcik Nie Tepuk Tangan Aku, Pukul 1 Pagi Tanya Aku Tentang..

Keuzuran itu begitu ketara sejak akhir ni sehingga dia cuma dapat solat berjemaah pada fardhu jumaat semata-mata. Itupun setelah puas dilambai minta tumpang.

Namun sebelum uzur sebegini kaki beliau dianugerahkan hampir ke seluruh pelusuk negara, mengajak umat pada iman, malah menyampaikan dakwah di beberapa negara lain melalui jalan Tabligh.

Tujuan dia cerita untuk merangsang aku, kalau dia yang sakit pun boleh buat, maka aku yang sihat kena usaha bagi boleh.
Kemudian dia tanya aku satu lagi soalan berat.

“Ada tahajud?”

“Err kurang, kurang sangat”

“Umur berapa?”

“Saya 22”

“Ada cinta? (Dia senyum)

“Eh taklah muda lagi (aku malu)

“Tahajudlah.. Umur saya 83, Allah beri izin saya tahajud tanpa tinggal walau satu malam dimana pun semenjak tahun 73. Hampir 40 tahun”

OMG. Aku kaget. Biar betul. Aku duduk ngan siapa nie???? Aku dah mula rasa malu.

“Kita dibeban dengan fikir tahajud itu susah, kerana itu kita tidak mampu, niat perlu betul, niat yang betul maka kita akan bangun untuk tahajud walau letih macam mana dan tidur pukul berapa, Allah akan bantu, namun jika masih tertidur sampai subuh, niat tadi tetap Allah kira, tidak akan dipersiakan”

“Maaf Pakcik, Saya Bukan Muslim”. Jawab Nurse. Tiba-Tiba Pakcik Nie Tepuk Tangan Aku, Pukul 1 Pagi Tanya Aku Tentang..

Jauh jugaklah nak berjalan ke sini dari wad tadi dan dia dalam keadaan sakit. Rupanya dia datang sebab dia teringat awal perbualan tadi aku sebut aku solat kat tingkat atas. Allah luluhnya hati tengok pakcik nie punya semangat.

Ramai datang untuk subuh, cuma sebab aku yang ‘special’ dalam bab pakaian (hiasan luaran) maka akulah yang kena azan dan akulah juga kena jadi imam.

Aku tak ingat bila last aku azan, lagu azan pun aku taram tibai ikut suka hati, melalut adab azan aku langgar sana sini. Dan suara aku waktu pagi memang unik. Sebab 4 nada suara bercantum, kejap garau, kejap lembik, kejap slow dan paling kerap putus nafas.

Waktu jadi imam pun bacaan melalut, adab imam untuk solat subuh ialah membaca ayat agak panjang dan berunsur motivasi syurga-neraka/hari pembalasan (ini yang aku belajar). Maka berterabur nada baca dengan waqaf ibtida’ kelaut campur nafas tak cukup.

Ayat pun macam tak confident sebab dah terlalu selalu baca qulhuwallah dengan an nas (atau mana-mana yang pendek). Habis solat aku dengan malu bergerak ke tingkat bawah, kembali ke wad.

Kerana aku harap, perkongsian ini memberikan jariah buat pakcik tua ini, supaya kita belajar sesuatu dan beroleh sedikit kesedaran.

Terima kasih pakcik. Terima kasih Allah sebab temukan kami.

Reaksi warganet (non muslim)

Angela Lichong –Not a muslim but i reading this without skipping any single words. Boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang.

Emyliana Pahsy –Saya baca sampai habis walaupun saya bukan muslim, tetapi sememangnya perkongsian yang baik ni.

Viji Gopal –Saya baca sampai habis. All muslims dont forget ur prayers. Prayers gives us longevity, happiness n strength to our daily living n till our death. All religions have their own style of praying. We should obey them n give respect in the sameway. God is always watching us.

Pravena Thanakosdi –He is messenger from god… Adik nie bertuah kerana dapat jumpa orang yang beriman. Jom kita sama-sama dekatkan diri pada tuhan.

Reaksi warganet

Aini Alias Uyun –Allahuakbar, mula2 rasa nk scroll down laju2 tapi Allah jentik hati ni suruh baca satu2 sampai habis aku baca… Subhanallah…

Aidah Abdullah –Tahjud semenjak tahu 73, aku belom lahir lagi masatu. Allahuakbar, semoga dipanjangkan umor pak cik ni.

Puan Alyn –Allahuakhbar.. Mungkin Allah sentuh hati kita tatkala kita baca kisah ni.. Ada yang mengalirkan air mata, ada yang terasa kerdil. Sama seperti apa yang saya rasa saat ni. Malu pada Allah, malu pada diri sendiri.. Takot.. macam macam bermain di fikiran lepas baca kisah ni.

Allahuakhbar.. Memang Allah sentuh hati saya. Jom sahabat, kita Dhuha.. Lupakan dunia buat sementara. Hambakan diri sepenuhnya pada Allah swt si maha pencipta…

Sumber : Nik Aziz Afiq, Semoga menjadi tauladan buat kita semua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.