Warga Emas Minta Sedekah Teringin Beli Air, Menangis Kongsi Kisah Ditinggalkan 5 Anak

Ibu bapa merupakan orang terpenting dalam hidup kita. Namun, jika suatu hari nanti mereka sudah tua, janganlah kita membiarkan mereka bersendirian apabila sudah berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok apabila memuat naik satu video seorang lelaki warga emas berusia lebih kurang 70 tahun meminta sedekah RM1 untuk membeli minuman.

Minta duit beli air

Dalam video tersebut, lelaki warga emas itu juga menceritakan serba sedikit tentang dirinya yang dianugerahkan 5 orang anak dan masing-masing sudah berkahwin.

Dia juga sempat memberi nasihat kepada pemilik akaun TikTok iaitu boy2421_ tentang kehidupan berkeluarga apabila berumah tangga kelak.

@boyy2421_Minta tolong viral.. biar buka mata sikit buat ank2 dia..walaupon dugaan pakcik mcm ni tpi kmi yakin allah sllu ada untuk pakcik..#viral #fyp #fypdong♬ bunyi asal – abe Joe bachok

Semoga Allah selalu dengan pakcik

Pakcik itu memaklumkan bahawa dia tidak mahu mengganggu anak-anaknya kerana masing-masing sudah berkeluarga. Di akhir video berkenaan, warga emas itu sedikit sebak apabila menceritakan tentang kehidupan anaknya.

boy2421_juga sengaja memuat naik video tersebut supaya mebuka mata anak-anak pakcik berkenaan dan berharap agar kehidupan lelaki itu terus dilindungi oleh Allah S.W.T.

“Minta tolong viral.. biar buka mata sikit buat ank2 dia..walaupon dugaan pakcik mcm ni tpi kmi yakin allah sllu ada untuk pakcik..” tulisnya.

Teringat dekat ayah sendiri

Sehubungan dengan perkongsian terbabit, rata-rata warganet berasa sebak dan berharap agar sesiapa yang masih ada ibu bapa menjaga mereka sebaiknya diwaktu tua nanti.

Namun, ada juga yang berharap cerita yang disampaikan pakcik berkenaan bukan rekaan kerana bimbang akan ada yang menyatakan membuka aib keluarga.

Warga Emas Minta Sedekah Teringin Beli Air, Menangis Kongsi Kisah Ditinggalkan 5 Anak

Warga Emas Minta Sedekah Teringin Beli Air, Menangis Kongsi Kisah Ditinggalkan 5 Anak

Warga Emas Minta Sedekah Teringin Beli Air, Menangis Kongsi Kisah Ditinggalkan 5 Anak

Warga Emas Minta Sedekah Teringin Beli Air, Menangis Kongsi Kisah Ditinggalkan 5 Anak

Warga Emas Minta Sedekah Teringin Beli Air, Menangis Kongsi Kisah Ditinggalkan 5 Anak

Allah SWT berfirman, “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” (Surah al-Nisa, ayat 36)

Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Ha’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al-Israa’, ayat 23)

Firman Allah SWT, “Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu pun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa.” (Surah Al-Ana’am, ayat 151)

Pernah satu ketika Abdullah Ibnu Masu’d bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang paling dicintai Allah SWT? Rasulul-lah SAW menjawab: Solat di dalam waktunya. Kemudian apa? Rasulullah menjawab: Berbuat baik kepada ibu bapa. Kemudian apa? Rasulullah SAW menjawab: Berjihad di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Muhammad Abdul Aziz Al Khuli ketika membuat huraian hadis di atas menyebut bahawa seolah-olah Rasulullah SAW menyusun urutan itu berdasarkan firman Allah SWT, “Hendaklah kamu bersyukur kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Firman Allah SWT menceritakan akhlak Nabi Isa: “Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana saja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.” (Surah Maryam, ayat 30-32)

Antara nikmat yang Allah berikan kepada kita adalah dikurniakan ibu bapa. Justeru, berbakti kepada mereka tidak terhenti apabila mereka meninggal dunia, tetapi ia berterusan selepas ketiadaan mereka.

Orang yang derhaka kepada kedua-dua ibu bapa pula akan mendapat laknat daripada Allah SWT, disegerakan hukuman di dunia ini, dipadamkan cahaya keimanan daripada wajahnya, ditolak amalan kebaikan dan penyebab dihumban ke dalam neraka Allah SWT.

Pada hari ini, kita menyaksikan penderhakaan terhadap kedua-dua ibu bapa menjadi fenomena biasa dalam masyarakat daripada herdikan, cacian, pemulauan dan sampai ke peringkat membunuh. Sudah pasti orang yang memahami isyarat daripada al-Quran mengenai kewajipan berbakti kepada kedua ibu bapa tidak akan melakukan perkara seumpama itu.

Setiap kita harus bermuhasabah sejauh manakah kebaktian dan kebaikan yang sudah dilakukan kepada ibu bapa. Peluang terbuka luas untuk kita tingkatkan kasih sayang dan perhatian kepada ibu bapa, memohon maaf atas segala kelemahan sebagai anak yang alpa terhadap tanggungjawab kita.

Sumber: boy2421_ ,Om

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …