“Paksa Diri Berhijab, Nanti Akan Jatuh Cinta Nak Tutup Aurat” – Isteri Haqiem Rusli

Berkongsikan pengalamannya mula berh1jab sejak lapan bulan lalu, isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea berkata pada awalnya sukar untuk kekal istiqamah.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Ain berkata dia juga pernah terfikir untuk membuka semula h1jab namun dia memaksa dirinya dan akhirnya jatuh cinta untuk menutup aur4t.

“Nak cerita sedikit boleh, tentang perubahan Fea berhijrah memakai hijab, pada mulanya memang berat dan susah sangat sangat Fea untuk istiqamah menutup aur4t.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝒂𝒏𝒊𝒔 𝒔𝒐𝒇𝒆𝒂 (@anissofeaaz)

“Alhamdulillah, Allah permudahkan. Sudah masuk lapan bulan Fea memakai hijab. Mula-mula itu memang rasa serba tak kena.

“Dan pernah juga terasa macam ‘hm nak buka tudung balik lah’, tapi betul lah orang kata bila kita paksa diri kita, lama-lama akan jatuh cinta untuk nak menutup aur@t,” tulisnya.

Bagaimanapun, Anis mengakui belum sempurna dalam menutup aurat serta meminta untuk mendoakan dirinya supaya kekal istiqamah.

“Tetapi untuk sekarang, memang Fea tidak menutup aurat dengan sempurna lagi, tapi semua doakan Fea ya! Fea juga nak beritahu alhamdulillah kini rasa tenang dan cantik sahaja memakai tudung (haha perasan).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝕄𝔸ℕ𝔸𝔾𝔼ℝ- 𝟎𝟏𝟑𝟔𝟑𝟖𝟐𝟐𝟏𝟓 (@haqiemrusli98_)

“Macam mana nak cakap eh, kadang kala lebih suka melihat diri sendiri memakai tudung dan suka melihat perempuan di luar sana yang memakai tudung, nampak manis sahaja!,” katanya.

Terdahulu, Anis Sofea mendirikan rumah tangga dengan Haqiem Rusli pada 19 November tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

sumber: Roti Kaya

Check Also

Beri selipar yang dipakai kepada warga emas berk4ki ay4m tepi jalan… Pemuda ini dapat ‘tabik’ hormat netizen

SEBAGAI umat Islam, kita sememangnya dituntut untuk berbuat baik sesama manusia dan m4khluk lain. Walau …

Leave a Reply

Your email address will not be published.