Connect with us

#news

Pandai, Isteri Hamil Hantar Balik Kampung, Sekali Suami Kant0i Bermadu Kasih Dgn Bini Org

Walaupun sudah terang lagi bersuluh hukumnya salah, namun sejak akhir-akhir ini ramai pula individu yang tergamak bermadu kasih walaupun sudah berumah tangga. Jika berita sebegini boleh mengundang kemarahan masyarakat, entah bagaimanalah pula agaknya perasaan pihak yang teraniaya.

Couple berstatus suami & isteri orang dicekup khalwat awal pagi tadi

Baru-baru ini, seorang lelaki berstatus suami dan isteri orang telah ‘kant0i’ berkhalwat di sebuah kediaman di Taman Sungai Kob, Karangan, Kulim. Menerusi laporan Sinar Harian, mereka telah ditangkap ketika diserbu penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) sekitar jam 4.40 pagi tadi. Masing-masing yang berusia 29 dan 37 tahun terbabit bagaimanapun gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka adalah suami isteri sah.

Hantar isteri sarat hamil balik kampung demi nak puaskan nafsu

Pada awalnya mereka berkeras mendakwa kononnya telah bernikah di Thailand, namun pemeriksaan lanjut akhirnya membongkar status sebenar masing-masing. Lebih menyedihkan lagi, lelaki berkenaan tergamak menghantar pulang anak serta isterinya yang sedang sarat hamil ke kampung sebelum itu.

Rupanya rakan sekerja & menimbulkan syak sumbang mahram

Serbuan ke lokasi berkenaan turut disertai beberapa pegawai agama serta orang awam yang mengesyaki berlaku kegiatan sumbang mahram di rumah lelaki itu. Kedua-dua rakan sekerja di sebuah kilang berdekatan itu telah dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk siasatan lanjut.

Sumber : Sinar Harian

Continue Reading

Trending