Tak Sampai 24Jam Mohon Bantuan, Syed Saddiq Berjaya Kutip Sumbangan Lebih Dari RM700k Bayar Ikat Jamin.

Siapa yang menonton IG live yang dibuat BEKAS Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam pasti tahu yang beliau memohonsumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000 sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen pada pagi Khamis 22 Julai 2021.

Sumbangan berkenaan juga bagi membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah Ahli Parlimen Muar itu.

“Selama ini saya memohon bantuan ramai untuk mereka yang terkesan di Muar, pelajar dari keluarga B40, mangsa banjir… namun kali ini agak jarang berlaku di mana saya memohon bantuan anda untuk bantu saya berhubung wang ikat jamin dan yuran guaman,” ujarnya lagi.

“Walaupun sumbangan berjumlah 50 sen atau RM1 tapi kalau ribuan yang menyumbang, kita akan capai jumlah berkenaan dan saya mampu membayar kepada mahkamah. Jadi saya benar-benar perlukan bantuan anda,” katanya dalam siaran secara langsung (live) di media sosial pada malam Khamis, sewaktu menjawab tuduhan mahkamah yang dihadapinya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Dapat kutip lebih RM700,000

Melalui perkongsiannya yang terbaru di media sosial, bekas Menteri Belia dan Sukan ini meluahkan rasa terharu dan terhutang budi selamanya kepada rakyat Malaysia kerana kurang dari 24 jam, beliau mendapat lebih dari RM700,000 dari 9,836 penyumbang.

Beliau juga telah menutup tabung sumbangan kerana dana yang diperoleh melebihi daripada apa yang sepatutnya.

Ada warga emas hulur RM10

Dalam pada itu, Syed Saddiq sempat berkongsi cerita bahawa semasa dia berada di pejabat, seorang lelaki warga emas telah datang dan menghulurkan RM10 kepadanya untuk menyumbang kepada ikat jamin tersebut. Beliau mengakui sangat terharu dan ingin menangis.

Terima kasih Malaysia

Diakhir perkongsian tersebut, Syed Saddiq memaklumkan yang dirinya sangat berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau mengakui terjun ke bidang politik bukan untuk mengejar jawatan atau kuasa, tetapi untuk membina Malaysia yang maju dan bermaruah.

“Sebagaimana yang anda tahu, saya tak datang daripada keluarga berada, keluarga dinasti… ibu ayah bukan pemimpin politik atau punya perniagaan yang kaya.

“Dan anda juga tahu saya menghabiskan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana Covid-19 di Muar. Jumlah itu agak besar tapi saya hormati mahkamah dan hakim. Jadi saya benar-benar perlukan pertolongan anda.

Terdahulu, ahli politik muda itu telah dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun berkenaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada Khamis pagi.

Menurut kertas pertuduhan, Syed Saddiq, sebagai ketua pemuda parti itu diberi kepercayaan dana sayap pemuda parti Armada Malaysia, dan didakwa pecah amanah yang mana dia dikatakan melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1 juta melalui cek tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu.

Sumber: Instagram Syed Saddiq, FB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman OMM mStar

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.