Mak Ayah Diorang Pun Tak Tahu ‘Projek’ Apa Anak Dia Buat

Baru je ada lelaki yang marah-marah di laman sosial menasihati ibu bapa untuk didik dan mengajar anak elok-elok untuk jaga adab ketika pergi beraya rumah orang lain, ni ada lagi kisah mengenai budak-budak datang beraya.

Semasa ziarah mengunjungi ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan time musim perayaan, ibu bapa kadang-kadang terlepas pandang mengabaikan ke mana anak-anak pergi, ataupun apa anak-anak buat ketika diorang rancak bersembang.

Selalunya terdapat banyak kes di mana barang-barang tuan rumah rosak dan pecah. Tetapi kali sampai ada haiwan peliharaan kesayangan tuan rumah mati! Menurut perkongsian seorang wanita bernama Nadia Busari di Facebook, anak-anak kucing miliknya mati direndam dalam air oleh sekumpulan budak yang datang beraya. What?!

gambar hiasan

Menurut Nadia, kucing-kucing tu semua sebenarnya elok je duduk dalam sangkar. Tapi kemudian dilepaskan oleh budak-budak tadi. Dalam orang lain sibuk duk beraya, tiba-tiba seorang budak ni dengan adik dia datang kat ibu diorang dan cakap kucing duk main air. Kakak Nadia terdengar apa yang budak tu cakap tapi dia ingatkan budak tu bagi air dekat kucing.

Lepas semua orang yang datang beraya tu balik, kakak-kakak nadia tiba-tiba tercari-cari kucing dorang tu tapi tak jumpa2. Last2 jumpa dalam satu tong besar berisi air, semua anak kucing dah mati. Sedihnya!

Nadia beritahu kat Facebook yang niat dia share ni untuk mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa perhatikan anak-anak dorang tak kira ke mana mereka pergi supaya tak jadi benda tak diingini macam ni.

“Untuk pengetahuan semua mak ayah budak ni tak pun apa projek’ yang anak dia buat kat anak kucing saya. Dan kitorang tak bagi tahu pun. Mak bapak budak ni baik.”

“Tapi mungkin silap dorang tak jaga anak masa ada kat rumah saya. Saya terima takdir anak kucing saya mati walaupun sedih.”

Kesiannyaaa semua anak-anak kucing tu mati. Mohon ibu bapa tolong jangan leka tengok anak kalau bawa anak ke mana-mana ye.

Sumber : LobakMerah

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.