Connect with us

#news

Pegawai MBJB Dapat Pujian Netizen Bila Selamatkan Wanita Diragut Dengan ‘Flying Kick’ Peragut

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai diberikan kepada peragut ini yang menerima balasan ‘cash’ selepas melakukan perbuatan terkutuk itu dalam satu rakaman CCTV yang dipercayai berlaku di Johor.

Video yang terakam CCTV itu tular dengan pantas di seluruh media sosial terutamanya di Facebook sejak pagi tadi. Didalam video tersebut, peragut tersebut meragut seorang wanita yang mahu pergi ke keretanya di tepi jalan.

Lelaki tersebut berjaya melepaskan diri bersama beg tangan mangsa, namun kemudiannya dia bergelut dan terbabas sebelum mendapat tendangan percuma dari seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang kebetulannya berada di kawasan tersebut.

Video disertakan di bawah.

01sept2020Mt Austin JBKes #ragut Sorang anggota MBJB berjaya menahan peragut setelah beliau memberi satu flying kick yang mengakibatkan saspek tersebut terjatuh daripada m/sikal.

Gepostet von Community Policing Association Of Bandar Sungai Long am Dienstag, 1. September 2020

Tindakan pantas dan spontan pegawai tersebut mendapat pujian netizen di alam maya. Sehingga kini, video itu telah dikongsi kembali sehingga mencecah 11,000 kali.

Memang tidak dinafikan puas hati melihat tindakan pegawai tersebut, rata-rata netizen turut berkesempatan melemparkan komen tanda setuju dengan kaedah digunakan untuk menghalang oeragut itu dari melarikan diri. Syabas diucapkan kepada pegawai tersebut!

Maklumat yg diterima kes ragut berlaku tengahari tadi. Seorang penunggang motosikal meragut beg seorang wanita berhampiran Bank Islam Mount Austin Johor Bahru. Suspek berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya