Connect with us

#pop

Pelajar Uni Kena Ejek & Hina Dengan Rakan Sebab Kerja Dekat Pasar

Dalam keadaan krisis Covid-19 yang melanda, ramai kehilangan pekerjaan dan terpaksa mencari inisiatif lain untuk mendapatkan wang untuk kelangsungan hidup.

Tetapi agak sukar juga kerana waktu pandemik ini tak banyak syarikat yang mencari dan menerima pekerja kan? Jadi, sebilangan dari kita sanggup melakukan pekerjaan walau dalam bidang yang berbeza seperti seorang pelajar universiti ini yang kehilangan kerja sambilan.

Pelajar tersebut dikatakan bekerja di sebuah pasar borong bagi menampung perbelanjaan tetapi alangkah sedihnya dia apabila rakan-rakan mengejek dan menghina kerana kerjanya dianggap ‘cikai’.

Pelajar Uni Kena Ejek & Hina Dengan Rakan Sebab Kerja Dekat Pasar

Menerusi laman Facebook, pelajar lelaki itu telah menarik perhatian apabila dia berkongsi tentang perit jerih hidupnya selepas diberhentikan dari kerja sambilan ketika tempoh PKP.

Selain itu, kewangan keluarganya juga tidak mengizinkan dan dia perlu belajar serta bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan diri.

“Ibu bapa saya sudah tua dan sakit, mereka tak boleh bekerja lagi. Jadi bila saya tahu ada kerja kosong di pasar dengan bayaran gaji lebih RM80 sehari, saya tidak teragak-agak untuk minta kerja di sana.”

Pelajar Uni Kena Ejek & Hina Dengan Rakan Sebab Kerja Dekat Pasar

Dah lah kerja pasar penat, kena datang seawal jam 1 pagi untuk melakukan apa yang perlu tapi rakan-rakan ejek dan ketawakan pula. Maklumlah cuma dibayar gaji harian, mereka hina kononnya kerja sebegitu hanya untuk warga asing.

“Ramai (rakan) gelakkan saya, mengatakan saya ni bodoh ke sampai sanggup melakukan kerja yang biasanya hanya dilakukan oleh pendatang asing.”

Ada yang melampau sampai menghinanya di media sosial, mengutuk dia bekerja di pasar. Walaupun dihina dan diejek, dia tetap bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk buat tugasan Uni bersama.

Tak payah berkawan dengan orang yang tak positif. Selagi kerja yang dibuat halal dan tak salah di sisi undang-undang, tidak menjadi masalah pun kan…

Ciri-ciri orang yang berjaya itu sabar, tidak mudah putus asa dan berterusan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya