Connect with us

#celeb

Pelawak lagenda Pak Hamid Gurkha senyum sampai ke telinga bila dia juga terima bantuän

Walaupun ketika ini ramai yang memandang serong terhadap para artis. Namun, masih ada lagi beberapa pihak yang mengambil serius isu kebajikan golongan ärtis veteran.

Hebat sebelum ini diperdebatkan di media sosial mengenai isu persatuan seniman mahu mendapatkan bantuän khas buat para selebriti, yang mendapat tentangan hebat oleh netizen.

Terkini, seramai 20 ärtis veteran dan berstatus orang kurang upaya (OKU) yang terjejas susulan wabak COVID-19, menerima bantuän keperluan asas daripada Yayasan Kebajikan ärtis Tanahair (YKAT).

YKAT dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sumbangan yang diserahkan pada Isnin lepas itu, adalah menerusi dana YKAT dengan kerjasama Pasaraya Lulu Group Sdn Bhd.

Menurut kenyataan itu, YKAT ingin membantu ärtis dan keluarga mereka yang amat memerlukan bantuän khususnya dalam mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seronok wajah Pak Hamid

Pak Hamid atau Hamid Gurkha yang kini berusia 87 tahun antara ärtis veteran yang menerima sumbangan daripada Yayasan Kebajikan ärtis Tanah Air.

Pelawak lagenda Pak Hamid Gurkha senyum sampai ke telinga bila dia juga terima bantuan

Melihat gambar yang dikongsikan, jelas terpacar kegembiraan di wajah ärtis veteran ini menerima bantuän berupakan bekalan keperluan dapur.

Gembira nampaknya wajah Pak Hamid. Syukur… ada juga sumbangan diterima dalam tempoh PKP ni.

Selain Pak Hamid, antara ärtis yang menerima sumbangan ialah Papa Rawi, Mak Jah, Kogilarani, Balakrishnan, Alfred Ho, Lim Kong Tuck, Goh Cheng Hock dan beberapa lagi.

“Sumbangan barangan runcit seperti beras, susu, gula, tepung, bawang, cili, makanan dalam tin dan lain-lain lagi. bantuän dihantar secara terus ke rumah masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Bantu ärtis yang benar2 memerlukan

Menurut kenyataan itu lagi, dalam tempoh PKP ini, YKAT bersetuju membantu ärtis yang benar-benar memerlukan dan sumbangan dihantar secara terus kepada ärtis yang memerlukan dengan kerjasama sebuah pasar raya.

Pelawak lagenda Pak Hamid Gurkha senyum sampai ke telinga bila dia juga terima bantuan

Pengurusan YKAT dianggotai tujuh pemegang Amanah antaranya Datuk DJ Dave, Datuk M Nasir, Datuk Yusof Haslam dan Datuk Nancie Foo.

YKAT dijadual menyerahkan bantuän sama kepada 20 lagi ärtis yang terjejas, dalam masa terdekat.

Semoga dengan bantuän ini dapat meringankan beban para penggiat seni yang kini sudah uzur dan tidak dapat lagi mencari sumber rezeki dalam industri hiburan.

Sumber : Sinar Harian BERNAMA / MSTAR ONLINE

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya