Anak Mr Os Jadi Perhatian Dalam Program Mencari Sepahtu Yang Hilang. Takut Dikecam Tumpang Populariti Arwah. ” Terbaik dik…suara macam ayahnya.. Teruskan legasi arwh Mr. Os..”

Beberapa tahun lalu, ketika awal pemrgian pelawak lagenda, Allahryham Mr Os, kisah mengenai anak perempuan beliau yang berjaya menjadi doktor telah menjadi bualan masyarakat.

Syafiqa Hayra, 28, telah bergelar doktor dua tahun lalu bagi menunaikan impian bapanya yang mahu dia menjadi seorang doktor dan berbakti kepada masyarakat.

Namun tidak ramai yang tahu, rupa-rupanya Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Hamid mempunyai anak lain yang mewarisi bakat beliau dalam bidang seni.

Dua anak lelaki Allahyrham Mr Os iaitu Mohamad Hazwan Mohd Yusof, 30, dan Mohamad Hafizul Mohd Yusof, 25, menyahut cabaran bertanding dalam program Mencari Sepahtu Yang Hilang di saluran Astro Warna mulai 2 Disember ini.

Mereka yang tampil secara duo mewakili kumpulan Arteh itu berkata, dalam kalangan semua peserta yang bertanding memang tidak tahu mereka adalah anak kandung Allahyrham.

Hazwan berkata, ketika menyertai uji bakat secara dalam talian untuk program itu, dia dan adiknya pun tidak mendedahkan hubungan pertalian darah dengan pelawak dan pelakon popular era 1980-an itu.

” Sebenarnya, kalau boleh kami tak mahu orang tahu latar belakang keluarga kerana enggan dikatakan menumpang nama arwh bapa dan didakwa terpilih pun disebabkan arwh sangat dikenali ramai.

” Bagaimanapun, kami sedar tidak mampu terus menghindarinya daripada pengetahuan umum kerana adik saya, Hafizul sangat seiras dengan arwh bapa, apatah lagi bila dia bertutur,” katanya ditemui pada sidang media program itu, hari ini.

Hazwan berkata, apabila identiti mereka sudah terdedah, secara tidak langsung dirasakan tanggungjawab digalas mereka dalam pertandingan itu sangat besar, terutama menjadi perhatian penonton dan netizen.

” Kami masuk dalam pertandingan ini untuk serlahkan bakat seni yang diwarisi daripada arwh ayah dan mahu meneruskan legasi yang ditinggalkannya.

” Malah, ibu pun memberi restu dan menyokong pembabitan kami. Cuma, pinta ibu agar kami tahu membawa diri dan menjaga nama baik Allahyrham.

” Ini kerana, arwh pun tidak pernah menghalang anak-anak mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni,” katanya lagi.

Bagi yang Hafizul juga anak keempat dalam keluarga, Allahyrham bapanya memang tahu minatnya dalam bidang seni sejak kecil.

Cuma ketika Allahyrham masih hidup, dia enggan mencuba nasib menyertai sebarang pertandingan.

” Di antara saya dan abang, arwh ayah memang tahu saya yang lebih berminat untuk mengikut jejak langkahnya.

” Arwh pun tidak menghalang, tapi dia ingatkan saya supaya tahu membawa diri, tidak terkena kejutan budaya, hormati semua orang, merendah diri dan paling utama tidak tinggal solat,” katanya.

Program Mencari Sepahtu Yang Hilang yang dikendali oleh pelakon Ramona Zamzam dan Jiggy Masin selalu pengacara belakang pentas itu akan bersiaran selama lapan minggu dan bakal menemui peminat mulai 2 Disember depan, 9 malam,di Astro Warna.

Selain Arteh, 11 lagi kumpulan peserta iaitu Yusra (solo), Muslim (solo), Joned, Spana dan Sebat (kesemuanya peserta duo) serta Gahai, Pitu, Sepan, San, Siji dan Takal (peserta trio).

Dalam pada itu, abang kepada Hafizul iaitu Mohamad Hazwan, 30, menegaskan mereka berjaya memasuki program tersebut bukan disebabkan nama Allahyrham.

Biarpun ahli kumpulan Sepahtu iaitu Pak Ya mengenali dia dan Hafizul sebagai anak Mr. Os namun pemilihan mereka atas dasar bakat.

” Kami berjaya masuk program ini bukan disebabkan nama arwh ayah. Masa hantar video uji bakat pertama, tak ada sebut pun nama arwah.

” Bila dah berjaya peringkat seterusnya, kami ditemu bual secara maya dengan ahli Sepahtu.

” Dan ketika itu la baru Pak Ya perasan yang kami ini anak kepada Mr. Os. Sebab masa arwh masih hidup, kami yang menguruskan kerjayanya dan pernah la jumpa dengan Pak Ya.

” Tapi bukan sebab Pak Ya kenal, dia pilih kami… memang dia kata pemilihan itu disebabkan nampak bakat kami berdua,” kata Hazwan.

Terdahulu, apa yang menguatkan andaian awal pihak media mengenai identiti mereka berdua adalah anak Mr Os apabila Hafizul menyanyikan lagu Durian Dah Berbunga (Deghoyan Dah Berbunge), vokalnya saling tak tumpah seperti Mr Os.

Vdeo rakaman nyanyian Hafizul itu turut tular di Youtube.

Rata-rata memuji suara Hafizul yang sangat seiras dengan suara Allahyrham Mr. Os sewaktu menyanyikan lagu yang popular terutama di kalangan masyarakat Perak itu.

” Ada iras-iras suara arwh… terbaik Al-Fatihah untuk arwh Mohd Yusof Hamid aka Mr. Os..” komen Syed Izhar.

” Terbaik dik…suara macam ayahnya.. Teruskan legasi arwh Mr. Os..”

” Wahh handsome jugak.. Suara pun boleh tahan, sebijik suara Mr. Os.. Semoga berjaya menjadi penyambung legasi arwh Mr. Os..” tulis Haji Ekudz.

Mr Os yang begitu popular pada 1980-an sebagai pelakon, pelawak dan penyanyi meninggI dnia di Hospital Selayang pada 8 April 2016 ketika berusia 55 tahun.

Umum mengetahui, selain berlakon, kerjaya Mr. Os semasa hayatnya ialah pemandu teksi.

Sumber:hmetr0 dan mstar

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.