Pembantu Penguatkuasa JPJ Kant0i Makan R4suah Secara BuIanan RM8,5OO Untuk Lindungi Syarikat Pengangkutan Lori

“ Bagi anak isteri makan sumber haram.. Elok sangat.. Tengok apa jadi dengan family dia nanti.. Nauzubillahiminzalik.. ”

Seorang Pembantu Penguat kuasa Kanan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer keroh atas 12 pertuduhan menerima rasuah secara bulanan sebanyak RM8,500.

Tertuduh, Ahmad Jamil Md Saru, 40, didakwa menerima rasuah itu bagi melindungi syarikat pengangkutan lori daripada dikenakan tindakan undang-undang antara April 2020 hingga Mac 2021.

Tertuduh bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwan Shah Abdul Samat yang mencadangkan jaminan RM4,500 bagi semua pertuduhan serta syarat tambahan di mana tertuduh perlu melapor diri di Pejabat SPRM setiap bulan dan pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jaminan rendah kerana dia perlu menanggung isteri dan dua anaknya yang salah seorang anaknya merupakan orang kurang upaya (OKU).

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan memerintahnya melapor diri setiap bulan di Pejabat SPRM sehingga perbicaraan selesai.

Sumber: Harian Metro

Check Also

Achey Mohon D0a Orang Ramai, Ini Keadaan Terkini Isteri Achey SeIepas Buat Pembed4han Hari Ini

Bintang Muzikal Lawak Superstar 3, Achey memaklumkan isterinya Nor Hasanah Yahaya selamat menjalani pembedahan untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.