Pencuri Bawa Lawyer Tuntut Pekerja Kedai Mohon Maaf Kerana ViraIkan Video Dirinya Mencuri

Tular di media sosial video pekerja kedai serbaneka berjaya mencekup seorang wanita yang didapati mencuri coklat Cadbury dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu, 13 Ogos 2022 di Tangerang Selatan, Indonesia.

Dalam video itu, pekerja Alfamart, Amelia, bertindak menahan Mariana dari terus keluar menuju ke kenderaannya jenis Mercedes Benz. Beberapa pekerja yang lain turut datang membantu dan merampas coklat Cadbury itu serta meminta Mariana membuat pembayaran terlebih dahulu.

RAKAMAN VIDEO ADA DIAKHIR ARTIKEL INI

KESAL VIDEO DIVIRALKAN, PENCURI TUNTUT PEKERJA MOHON MAAF

Kesal dengan apa yang berlaku, Mariana nekad membawa peguamnya, H. Amir  datang semula ke premis itu untuk menuntut permohonan maaf secara terbuka dari Amelia yang telah menyebarkan videonya, atau berdepan dengan tindakan Undang-Undang dan Transaksi Elektronik (UU ITE – lebih kurang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

Dengan permohonan maaf dari Amelia itu telah menyelesaikan kes tersebut. H, Amir menjelaskan, Mariana sebenarnya tidak sedar dia telah mengambil coklat Cadbury itu sehingga terlupa untuk membuat pembayaran kerana terlalu banyak berfikir.

POLIS: MARIANA TURUT MENCURI 2 BOTOL SYAMPU

Sementara itu, Ketua Polis Tangerang Selatan, Sarly Sollu mengesahkan kejadian itu berlaku dan pihaknya sudah menerima laporan polis dari pihak Alfamart terhadap Mariana atas tuduhan mencuri dan mengugut mengambil tindakan undang-undang terhadap pekerjanya.

Siasatan awal polis pula mendapati, Mariana bukan hanya mengambil coklat Cadbury, malah turut mencuri dua botol syampu jenama Rejoice, berdasarkan semakan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

SYARIKAT ALFAMART PERTAHANKAN PEKERJA

Tidak berpuas hati dengan tindakan Mariana, Pengarah Hal Ehwal Korporat Alfamart, Solihin berkata, pihaknya akan membantu Amelia yang telah menjalankan tugas dengan baik dan menyiasat kejadian itu sebelum mengambil tindakan balas.

“Kami menolak tindakan intimidasi yang dilakukan (Mariana) terhadap pekerja Alfamart yang telah menjalankan tugas dengan baik. Alfamart akan melantik Peguam Hotman Paris (peguam tersohor di Indonesia) untuk menyelesaikan kes ini,” katanya.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI 

VIDEO 2 SILA KLIK DI SINI

Check Also

Achey Mohon D0a Orang Ramai, Ini Keadaan Terkini Isteri Achey SeIepas Buat Pembed4han Hari Ini

Bintang Muzikal Lawak Superstar 3, Achey memaklumkan isterinya Nor Hasanah Yahaya selamat menjalani pembedahan untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.