Tegas x nak sentuh gaji PM, nertizen kagum dengan pendirian Anwar. “Jangan macam tu Datuk..ambil la sikit, buat beli beras..”

Sidang media Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkenaan pendiriannya yang tidak akan mengambil gaji sebagai perdana menteri telah mendapat respon yang pelbagai daripada nertizen.

Walaupun ada yang menyokong usaha tersebut memandangkan sebelum ini beliau telah mengutarakan menifesto berkenaan di dalam kempen Pakatan Harapan (PH), namun ada juga yang ‘lembut’ hati menyuruhnya mengambil sahaja gaji berkenaan.

Pendirian masih sama

Dalam salah satu intipati ucapannya, Anwar menegaskan semula apa yang pernah beliau katakan berkenaan gaji sebagai perdana menteri dan terbuka hati tidak menerima apa-apa bayaran untuk jawatan tersebut.

“Tetap menolak untuk menerima gaji sebagai perdana Menteri” –ujar beliau.

Susulan daripada itu, ruagan komen di ciapan yang dibuat di laman Twitter Anwar telah mendapat pelbagai maklum balas dari nertizen.

Ambil la sikit Datuk

Ada diantara mereka meminta perdana menteri itu untuk mengambil sikit gaji yang sememangnya miliknya kerana beliau layak untuk menerima memadangkan sudah memberikan perkhidmatan kepada negara.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa mereka menyokong tindakan yang dilakukan Anwar dan pemimpin tersebut sudah tentu mempunyai sumber pendapatan lain seperti gaji sebagai ahli parlimen untuk kerusi yang dimenanginya sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tempoh hari.

Bangga dengan apa yang Datuk Seri lakukan

Setiap yang bekerja mesti dibayar

Nanti nak makan apa?

Boleh masukkan dalam tabung kebajikan

Ambil gaji minimum sebagai simbolik

 

Sumber: Twitter Anwar Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 1 =