Connect with us

#viral

Penduduk Kampung Di Jawa Timur Cat Kub0r Warna-Warni Untuk HiIangkan Rasa Tak0t

Bagi sesiapa yang pernah ke Indonesia pasti mengetahui perkampungan pelancongan di daerah MaIang dimana kesemua rumah kediaman penduduk di cat berwarna warni. Ia merupakan destinasi pelancongan wajib untuk sesiapa yang berkunjung ke sana lebih-lebih lagi yang suka menangkap gambar.

Lain pula halnya di sebuah perkampungan Jawa Timur dimana batu nisan dan makam di cat dengan pelbagai warna oleh penduduk tempatan. Menurut lap0ran, penduduk kampung mengambil bahagian dalam pertandingan membersihkan kub0r yang dianjurkan oleh Jabatan Pemukiman di sana dan berjaya dinobatkan sebagai juara.

“Kami bersama-sama mengecat tapak perkub0ran ini untuk menghilangkan rasa tak0t disamping mengikuti pertandingan. Keputusan untuk memberi warna pada tapak perkub0ran ini merupakan salah satu inisiatif untuk menghias makam,” kata penjaga kub0r, Gunawan ketika ditemui di lokasi.

Menurut Gunawan, sebanyak 50 liter cat digunakan untuk memberi warna pada makam dan batu nisan di tapak perkub0ran tersebut. Penduduk kampung memakan masa satu bulan mengecat seluruh perkub0ran.

Penduduk Kampung Di Jawa Timur Cat Kub0r Warna-Warni Untuk HiIangkan Rasa Tak0t

Setiap batu nisan dan makam diberikan pelbagai warna dari hijau, merah sehinggalah warna ungu.

Sebelum memulakan projek ini, penduduk kampung telah meminta izin daripada waris.

Bukan hanya batu nisan malah dinding dan jalan untuk ke tapak perkub0ran itu juga di cat dengan warna warni.

Selain mengecat batu nisan, penduduk kampung juga menanam bunga di sekitar makam.

Melihat perubahan pada tapak perkub0ran itu ramai penduduk setempat teruja dan mula mengunjungi dan mengambil gambar. Malah dengan adanya lampu yang dipasang, tapak perkuburan ini masih dilawat dan penduduk tidak takut untuk bergambar pada waktu malam.

Sumber: Kompas.com Suara.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya