Connect with us

#viral

Pengasas Bank Islam pertama dunia kembali ke Rahmatullah. Siapakah beliau?

Pengasas bank Islam yang pertama dan merupakan peneraju kewangan berasaskan Islam telah meninggal dunia. Siapakah pengasasnya? Beliau ialah Al Haj Saeed Lootah. Al Fatihah. Semoga Allah tempatkan dia dikalangan orang-orang yang beriman.

Bagi sesiapa yang tidak kenal akan beliau, mari kita lihat secara ringkas kisah beliau. Beliau mula mengasas perbankan Islam pada tahun 1975.

Beliau menubuhkan Dubai Islamic Bank, pemberi pinjaman Islam terbesar di UAE, dengan menyediakan alternatif patuh Syariah untuk perbankan konvensional.

Pada awalnya, Bank Islam itu hanya ditubuhkan menggunakan modal milik Al Haj Saeed Lootah sendiri. Namun dari semasa ke semasa, ianya sudah berkembang lebih ribuan cawangan dan 300 buah Bank Islam serata dunia. Jumlah aset terkumpul dalam keseluruhan sektor perbankan ini sahaja sudah mencecah sebanyak 3 trillion dolar!

Beliau berusaha mendirikan Bank Islam ini pada zaman ekonomi dikuasai Kapitalis dan Sistem Riba. Walaupun dikatakan akan gagal, akan mengalami kerugian, beliau tidak pernah putus asa.

DI AWAL PERNIAGAAN

Selain DIB, beliau juga menubuhkan syarikat pembinaan pada tahun 1956, Syarikat Kontrak S.S. Lootah, sebagai usaha sama dengan saudaranya Sultan.

Sejak itu, S.S Lootah Group milik keluarga telah mempelbagaikan pelbagai sektor utama termasuk harta tanah, tenaga, makanan, perhotelan, perkhidmatan kewangan, penyelidikan gunaan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan.

Tidak lama selepas itu, beliau juga mula membina empayar insuran atas nama Syarikat Insuran Arab Islam pada tahun 1979. Dengan rezeki lebih, Beliau berkongsi rezekinya dengan menubuhkan kuliah perubatan bagi pelajar perempuan.

Dilahirkan pada tahun 1923 di Dubai, perintis kewangan Islam ini meninggal dunia pada hari Ahad. Seumur hidupnya merangkumi pelayaran dalam mencari mutiara untuk menubuhkan pelbagai syarikat, masyarakat, dan kolej.

Antara kata-kata dan renungan beliau yang masih diingati adalah ketika beliau berbicara mengenai perbezaan pemikiran antara generasi peniaga.

“Pada masa lalu, peniaga berbeza berbanding hari ini. Hari ini peniaga ingin menjana wang, tetapi peniaga pada awalnya ingin membina dunia.”

Berehatlah wahaiAl Haj Saeed Lootah, jasamu akan dikenang sampai akhirnya. Semoga Allah membalas semua kebaikan dilakukannya. In Shaa Allah.

Jangan lupa Like, Share dan Follow!

Sumber: iumsonline.org

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending