Connect with us

#news

Pengerusi surau jadi mangsa ke-11 terkorban akibat Covid-19 di Malaysia

Published

on

Malam tadi, seorang warga emas lelaki menjadi mangsa ke-11 terkorban disebabkan wabak Covid-19. Mangsa, yang juga merupakan Pengerusi Surau As Sobirin Damai Rasa Alam Damai KL telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Univerisiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Almarhum Tuan Hj Kamaruddin Bin Ismail dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 9 malam. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi Facebook salah seorang pengguna Facebook.

Punyai latar belakang sakit kronik

Dalam satu kenyataan yang diperoleh daripada Facebook Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, lelaki berusia 70 tahun itu mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia dan mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Tambahnya lagi, allahyarham telah menunjukkan gejala Covid-19 kira-kira seminggu sebelum dimasukkan ke hospital dan disahkan bahawa positif wabak tersebut.

Sehubungan dengan maklumat tersebut, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah…

Gepostet von KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA am Sonntag, 22. März 2020

Oleh hal yang demikian, semua rakyat Malaysia dikehendaki mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan yang disarankan oleh kerajaan agar wabak ini tidak menular dan mengakibatkan lebih ramai orang terdedah kepada Covid-19.

Sumber : KKM, Izzudin Sukor

Continue Reading

Trending

Shares